iklan

Followers

Pages

Friday, 22 April 2011

Korang percaya ke?

Suami jarang nak makan kat rumah? Kenapa pula? Mungkin sebab sibuk bekerja sampai tak boleh nak colek sikit masakan isteri. Mungkin juga sebab isteri masak tak sedap. Tak macam masakan mak di kampung. Suruhlah isteri belajar memasak dengan mak. Tak pun buku resepi berlambak di pasaran sekarang ni. Pilih saja nak masak apa.

Orang kata nak pikat suami dengan masakan isteri. Mmm... sampai ada yang perut suami ke depan mengalahkan mengandung 5 bulan. Eh! Ada juga yang maintain aje kempisnya. Apa petuanya tu? Kongsikanlah!

Macam mana nak masak kalau bahan tak ada? Jenuh pulak le si isteri mencari bahan apalah nak di masak untuk hari ini. Syukur ada ikan bilis. Bolehlah dibuat sambal ikan bilis. Cukup ke? Nak masak apa lagi? Ikan tak ada, ayam pun tak ada, sayur apa pun tak ada. Apalah kreativiti si isteri ni agaknya. Ada sosej ayam sikit. Ada ke orang makan sosej buat lauk dengan nasi? Eh! Hentam ajelahkan. Itu aje yang ada pun. Nak masak telur pun tak ada.

Si isteri nak ke pasar pun tak boleh. Nak beli dengan apa? Duit pun suami tak bagi. Semua bahan mentah suami je yang nak beli. Jadi itu jugalah yang si isteri masak. Nak mintak beli lebih-lebih pun ada aje jawap si suami nanti. Tak payahlah! Membazirlah! Anak-anak tak makan lah! Mmm...suka hati abanglah nak beli apa. Saya masak je. Malas nak gaduh.

Tengahari nanti anak-anak nak makan balik dari sekolah. Bila balik aje mesti tanya "mak masak apa?". Lauk sambal ikan bilis dengan sosej masak kicap aje nak oii! Makan je lah asal kenyang. Ada orang lain tu nak makan pun susah. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Fikir-fikirlah pulak nak masak apa untuk malam nanti. Buat bubur nasi pun boleh juga. Ikan bilis pun ada lebih lagi. Buat kuah sup saja pun sedap juga. Janji dapat makan.

Isteri pun kadang-kadang pening. Bila pasal makan bukan main bercatu. Siapa nak percaya peti sejuk tak ada makanan kalau dah tinggal di rumah dua tingkat dengan kereta besar lagi. Habis macam mana nak masak sedap-sedap nak pikat suami? Korang percaya?

11 comments:

Lan Bingka said...

kadang2 makan sosej ngan nasi gak.. sedap je, tapi takde la masak kicap..hehe

Cik Puan Zura said...

jangan tak tau kak...sosej buat masak kicap sedap ooo..penah try masa bujang2 dulu...sosej atau daging burger...memang sedap...

Bulan Purnama said...

suami tak bagi duit cmna nak masak sedap2 .. hehe

Liza @ Adzriel AB said...

Lan Bingka : akak pun biasa je potong nipis2 & tumis dgn cili, bawang & tambah sos tiram. sedap aje.

Liza @ Adzriel AB said...

Cik Puan Zura : daging burger pun biasa juga.. makan dengan nasi goreng cina. ok tu

Eyrique Ettiqazz. said...

mungkin berlaku ....

Liza @ Adzriel AB said...

Eyrique Ettiqazz. : he..he.. kita ambil pengajaran je la.

Sofya said...

kesian kat anak2.. kita yg tua leh la nak ikat perut tapi anak.. :( patut org laki kena peka skit bab ni..

Aku Ibu Muda said...

org tak tau dlm peti kita ada apa.. kdg nmpk luaran org x kn sangka kan peti kita kosong...hehe


eh, merapu apa tah ni :)

Liza @ Adzriel AB said...

Sofya : apa2 pun kita fikir anak dulu. perut depa bukan sama dgn dewasa yang boleh gak nak bertahan makan apa aje.

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : bior pape ase bergaye..