iklan

Followers

Pages

Friday, 22 April 2011

Kerana mulut boleh rosak maruah sendiri

Sedih bila ada seorang guru ini suka benar mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat bila marahkan anak-anak muridnya. Nampaknya para ibu-bapa pun dah naik angin. Saksi pun sudah tentulah murid-murid kelas yang diajarnya.

Bila balik dari sekolah aje anak-anak bertanya dengan si ibu apa maksud p*****k, apa pula p****t. Hishh... aku yang dengar si ibu bercerita pun geli. Mulut aku memang tak suka nak menyebut perkataan-perkataan tu. Bagaimanalah kalau ada pulak si ibu yang bagi penampar satu pada si anak yang dengan jujur hanya ingin bertanya? Penampar sebelum soal selidik. Tak ke naya si anak?

Hal ni pun katanya dah sampai ke pihak guru besar. Itulah... kerana mulut badan binasa. Kawan-kawan pun malu agaknya nak mengaku kawan. Merosakkan nama rakan sejawatan juga. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

3 comments:

Asterisk Boutique Administrator said...

report kat guru besar... ape punya cikgu daa...

Liza @ Adzriel AB said...

Asterisk Boutique : parents berkenaan dah report. siaplah... title ustaz lak tu. otak kat lutut betul.

Sofya said...

ish3 sepatutnya golongan pendidik ni kena lebih peka dgn perkataan terkeluar dari mulut tu...