"Lambat sikit nak taip SMS sekang ni, baru je pakai handphone touch-screen!". Ha..ha.. orang tau ke apa jenis handphone yang kau pakai. Yang aku tau SMS tu sampai macam tu juga. Itulah antara komen Aznil.
Setuju sangatlah aku dengan Aznil. Kalau nak guna handphone mahal tu guna ajelah, tak perlulah nak tunjuk berlagak pulak ye. Lainle bila kita bergurau sesama teman yang rapat tu. Gurau-gurau seronok tu kira oklah juga. Teman rapat tentu dah maklum dengan perangai kita yang suka bergurau. Teman yang kurang rapat boleh mengundang fitnah bila menunjuk-nunjuk begini.
Sama kisahnya dengan seorang hamba Allah ini bila berlagaknya memakan diri sendiri. Dengan nada berlagaknya dia berkata "Apa kelas budak U turun bendang!" bila ibunya mengajak membantu di sawah padi semasa cuti semester. Sedihnya hati ibu tidak terkata dengan jawapan 'berlagak' anaknya. Padahal itulah sumber pendapatan yang menanggung si anak belajar di universiti yang sangat dibangga-banggakannya itu. Memang tak salah nak bangga belajar tinggi-tinggi ni tapi bak kata orang 'ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi'.
Sikap berlagak si anak Allah balas tunai bila mana dia gagal dalam peperiksaan di tahun akhir yang tidak melayakkannya membuat sebarang rayuan. Teruk sangatlah tu. Sekarang cuma bekerja sebagai Juruteknik saja dengan gaji yang tak sampai RM2,000 pun. Nasib baik dia dah insaf dari sifat berlagaknya dulu.
Ayahnya pernah berkata, "Allah nak tunjuk tu, tak tahulah bagaimana pula berlagaknya nanti kalau dia berjaya dapat ijazahnya tu! Allah maha mengetahui! Aku lebih rela dia gagal jika itu yang terbaik buat dia. Biarlah aku kecewa dia tak dapat ijazah daripada aku mendapat seorang anak yang sombong dan takbur!".
9 comments:
tak de makneeeeeenya sifat berlagak ni..buat orng meluat dan menutup pintu rezeki jew..baik kita jd diri sendiri..merendah diri..orng pun suka..
best, good input
boleh pulak ckp camtu kat mak dia... kesian mak dia...ish3~
sedih pulak tengok mak dia...dah macam tanggang versi moden sikit.. naseb baek mak nyer tak di sumpah dia jadi pembajak sawah..haa..rasakan!;p
takpelah kalau dah insaf..^^'
Kesalahan dengan ibu bapa ni Allah bayar tunai, tak senang hidup tak tenteram pulak jiwa.Hebat macamana sekali pun, kita tetap seorang hamba.....,hamba Allah.
x guna berlagak..Lama2 Allah akn tunjuk juga..:)
yer orang yang takbur memang dapat balasan tuhan...Sebab riak bukan pakaian kita...
KADANG2 BUKAN MAHU BERLAGAK, TAPI MEMANG DAH KENA BERLAGAK... :p
APALAH YANG SAYA MELALUT NI.. SAYA TAK BERLAGAK TAU.. :)
Allah nk tunjuk tu tak kira bile,,,
ha kan dah mendapat
Post a Comment