Teringin rasanya aku nak turut serta mendengar informasi yang sangat berguna ini :
Anak-anak aku pun berusia dalam lingkungan menuju usia remaja ; 15 tahun, 13 tahun, 11 tahun, 9 tahun... tinggal Arif saja yang baru nak masuk 2 tahun pada 28 Mei 2011 nanti. Jadi rasanya memang patut pun aku pergi ke bengkel ini untuk menambah ilmu dan pengetahuan.
Banyak perkara yang para ibu-bapa harus pelajari tentang perubahan sikap anak-anak dari peringkat kanak-kanak ke peringkat remaja. Bagaimana pula menangani anak-anak yang telah dewasa hinggalah mereka berumahtangga.
Bukan perubahan sikap saja yang harus kita fahami tetapi juga perubahan dari segi fizikal dan tahap kanak-kanak ke akil baligh. Aku takut jika mereka mendapat informasi yang salah dari orang yang salah. Maka adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai ibu untuk membimbing anak-anak memahami dan mengerti perubahan yang berlaku pada diri mereka dengan betul.
Zaman sekarang tidak sama seperti dulu. Semasa aku mula datang bulan, mak cuma ajar aku cara cuci kain (masa tu sempat guna kain buruk lagi) dan mandi wajib. Ada sikit mak ajar pantang-larang semasa datang bulan ni. Semuanya aku dengar dan terima apa yang mak ajar dengan hati terbuka. Itu jugalah yang aku pesankan pada anak dara aku dan aku tambah lagi pantang larang tentang kebersihan.
Aku sendiri ada satu buku yang sering aku baca semasa mula-mula hamil anak sulung dulu. Buku tentang kesihatan dan sistem dalam badan seorang wanita. Aku suka membaca kerana aku ingin mengenali diri aku sebagai seorang wanita.
Masalahnya sekarang aku masih lagi kurang faham tentang perubahan anak remaja lelaki. Hubby aku pulak jenis pemalu nak berbicara secara terbuka. Aku yang selamba, dia pulak yang tersipu-sipu nanti. Nanti aku ceritakan bagaimana aku menemani anak lelaki aku, Amirul ketika di berkhatan dek kerana ayahnya pulak yang takut nak temankan. 'Ngilu' agaknya. Bagi aku, aku sanggup menahan 'ngilu' andai ia ilmu untuk aku mengenali dan memahami kehidupan anak-anak aku.
7 comments:
Approach kita mengajar anak anak tak boleh sama macam zaman dulu...Saidina Omar pun ada menyebut bahawa "didiklah anak kamu sesuai mengikut zamannya (as long as bersandarkan ajaran Islam) "...ni info yg saya dapat dari radio IKIM.
Kalau kita tak mengajar anak anak kita, lambat laun mereka akan belajar(tahu) juga dari internet, dari tv, dari kawan kawan mereka.
Daddy Ziyyad : setuju sangat dgn daddy ziyyad. zaman berubah, cabaran berubah. ilmu pun kena lebih banyak.
dah besar ank2 liza ek..mmmm bagus gak bengkel tu...nanti leh lah liza share input dr bengkel tu yek
tahniah, jangan lupa kongsi bersama kami semua yang bakal menjadi ibu2 mithali.
intan morsalin : tak tau nak kata sebab dia buat hari ahad. lecehlah kalau nak bawak baby.
not irene : ilmu yg baik elok di kongsi
akk attend ker bengkel tu?jgn lupa share yer..
Post a Comment