iklan

Followers

Pages

Thursday, 7 April 2011

Batuk dan selsema


Cari apa tu Arif? Serius bebeno muka tu!

Hari ni tak dapat nak pergi main volleyball pagi-pagi di KUIS. Baby Arif tak berapa sihat sebab batuk dan selsema. Nasib baik tak ada demam panas. Aku bawa dia ke klinik panel tempat ayahnya bekerja di Bandar Seri Putra juga. 3 minit aje dari rumah. Untung bila ada klinik panel ni, ambil ubat pun free aje.

Kalau dulu selalu ke Hospital An-Nur di Bandar Baru Bangi. Sekarang dah ada cawangannya dekat rumah aku ni, Poliklinik An-Nur. Jumpa Dr. Nazim yang tinggal di kawasan kejiranan aku juga tapi lain jalannya. Adik kembarnya sama jalan juga nak ke rumah aku. Kembar tak tak serupa pun muka diaorang.

Dr. Nazim check tadi, tak ada asma atau kahak yang teruk. Kalau tidak kena sedut gas nebulizerlah. Arif punya perangai biasanya bila mula aje nak sedut gas tu dia boleh bertenang lagi. Bila dah lama-lama dia menangislah. Dah rimas agaknya. Anak saudara aku yang tembam ni kerap juga masuk hospital kerana selsema yang terlalu banyak kahaknya.

Kalau Arif perlu ambil nebulizer aku tak akan refer ke Hospital An-Nur dah. Aku boleh dapatkan dari Poliklinik An-Nur Dr. Nazim je. Aku sanggup berulang-alik dari rumah setiap 4 jam daripada nak admit kat wad. Pengalaman yang sangat tak best. Tentulahkan sebab dekat, 3 minit dah sampai. Aku pulak kerja ikut waktu sendiri. Kalau ibu-ibu bekerja macam adik aku tu memang susah sikit le.

Memberi Arif makan ubat tidaklah sesusah mana. Dialah baby yang paling mudah makan ubat berbanding empat baby aku yang dulu. Arif boleh duduk depan aku menunggu aku berikan dia ubat. Biasanya aku standby dua syringe. Satu untuk ubat dan satu lagi untuk air masak. Aku akan bagi dia minum ubat dan air bergilir-gilir secara sedikit-sedikit. Takut tekaknya tak selesa dengan kepekatan ubat.

Aku harap tidur Arif tidak terganggu lagi malam ni. Kadang-kadang bila batuk dan banyak kahak, dia boleh muntah selepas minum susu. Risau bila muntah maka perutnya akan kosong dan akan kelaparan. Bila lapar boleh jadi sakit perut juga.

Kesian tengok anak-anak batuk. Tentu gatalnya tekak dia. Kalau aku pun rimas bila batuk, apatah lagi anak sekecil itu. Jangan ambil mudah jika anak batuk walaupun sedikit. Takut jika diambil mudah ianya akan jadi bertambah serius.

5 comments:

sekamar rindu said...

salam....kak,


sr doakan agar Baby Arif dah ok batuk dan selsema tuu..skrg ni perubahan cuaca, hujan panas, hujan panas...cepat kena selesma tuu.

Hanis Azla said...

klu senang makan ubat cepat sikit sembuhnya.. harap2 batuk arif cepat redhanya..

Suara Kalbu said...

Musim agaknya skrg ni kak.

Ida pun batuk teruk gak ni. Dah berbotol ubat klinik semua tak jalan huhuhu

Puan Kutu said...

semoga cpt sembuh.anak sy pun batuk.walaupun tak teruk berlarutan kan..risau jugak..

manueng said...

cepat sembuh ye arif...boleh teman mak hilang bosan nnt...hehe :)