iklan

Followers

Pages

Friday, 8 April 2011

Wanita tak tahu bersyukur

Ni entry nak menambah dan menyokong Diana dalam tajuk INI dan INI. Biasalah kalau aku ni wanita, mesti nak menyokong wanita juga. Bukan sebab aku tak sayang lelaki. Aku sayang ayah aku, hubby aku, anak-anak lelaki aku dan hormat kawan-kawan lelaki aku. Mereka yang baik sajalah. Yang kurang baik tu aku buat 'donno' je.

Perempuan kuat berleter, suka mengungkit, cengeng, cerewet dan entah apa lagi label buruk yang mereka yang berkenaan gelarkan pada wanita.

Wanita suka berleterlah yang paling suka dibicarakan. Sekali-sekala cuba dengar apa yang wanita leterkan. Apa isi leterannya? Apa ye? Anak-anak semakkan rumah? Laki balik lambat? Duit belanja dapur tak cukup? Letak stokin atas meja makan? Penat-penat masak tak mau makan? Duit tusyen anak belum bayar?

Bingit telinga si suami bila dengar leteran si isteri. Dia terus capai kunci dan keluar semula dari rumah. Nak cari ketenangan di kedai mamak agaknya. Manakala isteri di rumah semakin panas. Senang ye jadi lelaki, tension je capai kunci kereta pergi bersantai kat luar. Boleh tak wanita buat macam tu. Memang jadi bahan kutukan le. Tahan aje lah perasaan di rumah. Bila tak mampu nak control, anak-anak pulak jadi mangsa. Wanita juga yang dipersalahkan.

Ini bukan isteri yang baik. Menyakitkan hati suami namanya. Seronoknya mengata! Basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, sapu rumah, mengemas, memasak, mandikan anak, basuh berak anak tu semua kerja senang aje. Tak kiralah sama ada wanita yang berkerjaya apatah lagi surirumah sepenuh masa akan buat semua tu. Kadang-kadang walau ada orang gaji pun urusan memasak masih ada yang tak mahu serahkan pada orang gaji.

Tak lelah ke buat semua tu? Lebih-lebih wanita yang kerja sepenuh masa. Terpaksa pula nak uruskan rumah bila habis waktu kerja. Letih tak? Seronokkan kalau dapat bersantai sekejap di sofa dan lelapkan mata sebelum azan maghrib tu. Atau dengan selamba terus masuk bilik dan tidur. Jangan kisahkan anak-anak dah makan ke belum, homework dah siap ke belum atau baju-baju sekolah dah bergosok ke tidak.

Kadang-kadang suami OT, dah tentu isteri kena OT sorang-sorang handle anak-anak di rumah. Alhamdulillah kalau hasil OT tu suami kongsikan dengan isteri. Terasa di hargai. Ini tidak, segalanya tetap sama tiada yang istimewa. Nak kata menyimpan lebihan pendapatan pun tidak juga.

Ini luahan hati seorang isteri kerana geramkan suaminya yang tak tinggalkan belanja walau sesen pun setiap kali outstation (kuli je!), maka si isteri ini berkata : "Saya suruh ceraikan awak tak nak! Nak senangkan awak supaya tak payah tanggung saya dengan anak-anak lagi (walau sebenarnya kalau bercerai pun tetap kena tanggung). Kalau awak tak boleh nak bagi duit walau pergi kerja jauh-jauh pun, biar saya aje yang kerja. Awak duduk rumah jaga anak! Biar saya yang tanggung awak makan! Ini awak pergi kerja macam tak ingat yang awak ada anak-anak yang nak sekolah dan nak makan. Pergi kerja tak bergaji buat apa? Buang masa!"

Ini kes yang isteri yang suka berleter atau mereka kata wanita tak tahu bersyukur. Sebab-sebab tak bersyukur tu tidak pula dikaji.

Syukur banyak-banyak jika isteri atau suami kalian adalah orang-orang yang bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Jaga dengan sebaiknya, Insyaallah bahagia.

9 comments:

ummiross said...

Betul tu,kena faham jugak isihati wanita, bukan nak
mintak banyak pun, sedikit sokongan dan empati suami lebih daripada memadai..

manueng said...

kalau yg kerja kontrak tu mmg selalu kena tipu dengan employer...dah kerja, tp x dpt gaji...kalau itu la kes nya, mmg kesian la...tp kalau mmg si suami yg tak reti urus duit, mmg teruk la si suami tu...mmm


p/s: harap2 dpt jd suami n ayah yg baik...amin~

Jey said...

nice entri akak..
sejujurnya, kat blog akak ni byak bnda yg boleh dijadikn panduan utk jadi isteri yg baik dan membina klurga bahgia..huhuu
well done!!

maya amir said...

betul tu..wife berleter bukannye sbb suka2..ade sebab musabab.. slalunye bile wife berleter, wife jugak yg nmpk huduh, tapi hakikatnye, die byk berkorban..tersenyum saya baca entry ni:)

siti norlaili yusof said...

alahai,mujurlah dalam islam x letak kuasa 'talak' pada isteri kan..kalu x,x taulah bape kali talak kena kat en.suami tu kan..huhu.

dalam hal ni,si isteri x blh gak asyik nk berleter. nak tegur ada caranya..bincang baik2.

mmg sesetengah lelaki susah nk terima tp sebagai isteri,teman sehati sejiwa..sekatil dan sebantal..si isteri patut tau n kenal diri suami luar n dalam n tau cara serta masa yg terbaik untuk berbicara hati ke hati.

sokong kata adik manueng kita tu,kdg tu en.suami dah pulun keje tp tup2 x dapat bayaran..cian kan.

so,kaji dulu puncanya.

mudah2an kita semua jadi wanita solehah,isteri yg dicintai suami n jadi wanita syurga.

insyaallah.. :)

sitiezahim said...

betul kak..sokong2..hehe..mintak CnP ke blog saya leh tak? hehehe

CIK TOM said...

entry akak bernas cam kak diana...2-2 best...cik tom suka bc entry dr ibu2..pemikiran matang dan idea bernas ;)

Aula said...

Hi Liza,

Hurm ade betulnya jugak!! ehehe:) susah nak jadi isteri yang sabar nie kan 9 nafsu la katakan...

MArilah kita amalkan zikir atau doa2 yang boleh menguatkan iman dan kesabaran...

Ada Aula pernah terbaca " Dont pray to God To Make Our Life easier but Pray to God To Make us Stronger"

Salam Sayang,
Mommy Razim

Hati Permata Jiwa said...

Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam di Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
Sekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
SILA LAYARI WEB KAMI :
kahwinthaibest.blogspot.com