Aishah MC hari ni. Demam sikit, batuk dan selsema. Asyik bersin je dah. Nanti nak bawa dia ke klinik. "Kenapa mama lambat?" tanya Aishah. Aku lambat balik selepas hantar adik-adiknya sekolah sebelah pagi. Hampir pukul 7.50 pagi baru tiba kat rumah. Macamlah jauh sangat sekolah adik-adiknya.
Dengan selamba aku jawap "Mama buat kerja amal tadi!". Tersengih Aishah mendengarnya. Dia faham benar dengan loyar buruk mamanya ni. "Mama buat apa?" tanya Aishah lagi.
Pagi ni hujan renyai-renyai. Agak lambat aku menghantar anak-anak ke sekolah. Selepas balik dari menghantar Amirul ke sekolah menengah di taman yang sama aku nampak sebuah kereta kancil berhenti di lorong kanan sekali. Ramai yang terpaksa berhenti sama kerana menyangka kereta tu berhenti di simpang tiga beratur di belakangnya. Apabila menyedari kereta tu tak bergerak lansung, barulah masing-masing menukar ke lorong kiri untuk terus bergerak termasuklah aku. Aku nampak kereta kancil tu penuh dengan budak sekolah di bahagian belakang. Ada dua wanita dewasa di depan dengan seorang kanak-kanak perempuan beruniform sekolah tadika diriba sebelah penumpang.
Aku teruskan perjalanan dan buat dua kali U-turn untuk pergi semula ke kereta kancil tadi. Tak sampai hati aku melihatnya yang penuh dengan anak-anak sekolah dengan tersadai ditengah jalan utama di kawasan Bandar Seri Putra ini. Panik agaknya kakak tu hingga lupa nak pasang lampu kecemasan. Memang bahaya jika ada kereta yang laju dan melanggar dari belakang. Nyaris juga kebanyakan kereta yang lalu tidak laju. Mungkin juga kerana keadaan sedang sibuk pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah, maka tak bolehlah nak 'speed' sangat kereta tu.
Aku perlahan berhenti di belakang keretanya dan hidupkan lampu kecemasan kereta aku. Aku tanya pada kakak tu kenapa dia tak hidupkan lampu kecemasan. Kalut dia mencari suisnya. Bila dah panik, terlupa perkara-perkara penting. Dia pun panik dalam keadaan kereta penuh dengan anak-anak jiran yang menjadi amanah untuknya hantar ke sekolah. Bagaimana mungkin dia nak keluar dan menolak kereta itu ke tepi. Kancil tu pulak guna gear auto, memang paniklah dia tak tau nak buat apa.
Lansung aku offer diri untuk hantar tiga orang budak yang duduk di belakang ke sekolah. Mula-mula kakak tu kata "tak pe lah". Tapi aku kata dekat aje nak hantar pun. Lagi pun kalau anak-anak ni dah sampai ke sekolah, senang dia nak uruskan kereta yang rosak ni. Akhirnya dia beralah. Muka aku pun bukan macam muka orang jahat pun kan...ha..ha..
Aku alihkan tiga orang budak-budak tu segera ke kereta aku. Masa tu agak panjang kereta yang dah jem di belakang kereta aku. Lantaklah, kalau dibiarkan lagi kepanasan dan tensionlah diorang dalam kereta kancil tu tadi. Aku membayangkan kalaulah aku dan anak-anak aku yang mengalami situasi yang sama. Tentu stresskan...
Bestnya bila kena hantar ke tiga sekolah yang berbeza. Aku mulakan dengan sekolah menengah yang paling hampir sekali. Terus aku hantar anak dara yang baru je tingkatan satu ke dalam kawasan sekolah kerana masih lagi hujan renyai-renyai. Eh! Baru je tadi aku masuk hantar Amirul ye. Kemudian aku hantar seorang anak lelaki, darjah satu katanya ke sekolah ugama yang berdepan pula dengan sekolah menengah. Pintu pagarnya agak jauh dan kena lalu ke tepi lagi dan agak dalam nak masuk dari pagar ke kawasan sekolah.
Selepas tu baru aku bergerak menuju ke sekolah kebangsaan untuk hantar seorang lagi budak lelaki yang dah darjah 4 katanya. Pengawas Pusat Sumber sekolah, macam Aishah anak aku jugalah ye. Terpaksa aku jalan tadi juga dan kelihatan kereta kancil tadi masih di situ.
Sampai di sekolah, aku temankan budak tu jalan masuk sampai ke dewan sekolah kerana setiap pagi Isnin memang ada perhimpunan. Terjumpa pula dengan dua orang cikgu anak aku, Amirul. Yang bestnya kedua-dua cikgu ni namanya sama... Cikgu Azlina. Cuma yang seorang ada 'Nor' di hadapan namanya. Rupanya salah seorang ada mengajar anak aku yang sekarang berada di darjah 5 iaitu Asyikin. Macam biasalah aku akan mengorek rahsia anak aku tu. Cikgu tu kata "Laa... Siti Nur Asyikin tu anak Kak Liza ke?". "Ye la... adik Amirul le. Amirul anak kedua, Asyikin yang ketiga".
Masa nak bergerak balik, sempat aku call hubby bertanya tentang macam mana nak handle kereta gear auto. Hubby aku kata kena letak gear ke 'N' atau 'neutral' dan baru boleh tolak kereta ke tepi jalan. Tapi tak boleh nak hidupkan enjin macam kereta manual yang bila ditolak laju-laju tu boleh juga kita cepat-cepat hidupkan enjin. Itu ada pulak cara dan tekniknya. Aku nak buat sendiri tu pandai le, tapi nak mengajar tu agak kurang ilmunya.
Bila aku lalu semula jalan tu dari arah bertentangan, kelihatan kereta tu dah berada di tepi jalan. Enjin pun dah dihidupkan. Ada seorang lelaki bermotor di belakangnya. Oklah tu dah. So aku terus ke depan dan buat U-turn untuk balik ke rumah. Bila lalu je, kereta tu dah tak ada. Alhamdulillah dah selesai agaknya masalah dia. Lepas ni bawak-bawaklah gi check kat bengkel ye.
Kadang-kadang terasa bahagia aku dengan kereta kelisa aku ni. Walau pun dah berusia 10 tahun, aku guna 7 tahun je sebab beli kereta 'secondhand' tapi tak ada lah buat perangai pelik-pelik kat tengah jalan yang sibuk. Kalau ada pun dua kali tayar pancit dan dua kali bateri rosak, itu pun depan rumah aje.
Pernah sekali aku berjaya hidupkan enjin selepas Amirul tolak kereta aku di depan rumah sebab nak hantar anak-anak ke sekolah. Nasib juga di depan rumah aku tu agak berbukit, jadi aku lajak aje lah. Hubby balik tanya "Anak-anak sapa hantar?"... he..he.. settle dah lah yang! Kali kedua dia geleng kepala selepas kes aku tukar tayar masa perut memboyot dulu.. *(^_^)*
p/s : Jangan lupa pasang lampu kecemasan andai dalam keadaan begini! Itu perkara pertama yang mesti korang buat!
9 comments:
nasib baik ada superwoman datang tolong..
bagusnya kak liza ni.. selalu prihatin dgn masalah org lain.. super woman pulak tu..
Lan Bingka : Dalam lingkungan kawasan dekat2 rumah juga, berani le..
Hanis Azla : setakat yg mampu je. teringat kak liza pun ada anak-anak. kalau kat higway mungkin tak berani juga.
Liza ni memang baguslah, cekap pulak tu, memang super mom n super woman...
nasib awak ulurkan bantuan..ye la zaman sekarang orng suka tgk dr membantu..
ummiross : sementara mood ok ni ummiross. doa2lah agar mood tu sentiasa baik.
dyea irdina : itulah, nak bantu pun kena pandang2 juga. takut ada juga yg menipu. pandai2lah kita menilainya.
wah superwomen.baikhati akk tolong mereka.smoga dibalas kebaikan oleh Allah..Amin..
Post a Comment