iklan

Followers

Pages

Monday 18 April 2011

Balik Jengka tengah malam

"Kita nak balik pukul berapa esok?" aku tanya hubby Jumaat lalu selepas waktu maghrib. "Abang ada hal hari Ahad ni, nak kena balik awal. Kita balik malam ni lah" hubby aku memberikan jawapannya. Begitulah hubby aku suka memberi jawapan siap dengan penerangannya. Kadang-kadang aku malas nak dengar penerangannya yang panjang lebar. Aku nak jawapan je! Haa..itulah tanda-tanda orang yang kurang sabar. Jangan ikut perangai aku ni ye!

Aku terus call mak beritahu yang kami nak bergerak malam tu juga. Mak kata kakak aku dah sampai masa maghrib tadi lagi.

Terus aku pesan dengan anak-anak agar kemas pakaian masing-masing. Aku pun terus mengemas dapur dari segala sisa dan sampah. Makan malam yang berlebih cepat-cepat di simpan ke dalam peti sejuk. Aku sapukan majerin planta dan tabur gula saja pada roti untuk bekalan malam. Rasanya memang tak akan berhenti makan di mana-mana pun dalam perjalanan pulang ke Jengka nanti.

Lebih kurang pukul 11.00 malam barulah kami mula bergerak dari rumah menuju ke Jengka. Kami berhenti sekejap di Petronas di Lebuhraya Karak tu. Letih betullah sebab toiletnya tak ada air. Terpaksalah membeli air mineral kat kedai dalam Petronas tu. Tak taulah apa masalah diaorang. Hishhh... teringat pulak kisah lama kat SINI.

Gambar search google je

Nasib tak ramai yang ke toilet tu. Kalau hari perayaan memang jenuhlah nak beratur. Lagi pun dah lewat malam sangat. Senanglah aku nak melayan anak aku Azri, 9 tahun sorang-sorang kat toilet tu. Redha je lah. Sekali-sekala bersusah.

Sempat aku, hubby dan ketiga-tiga anak lelaki aku (Amirul (13), Azri (9), Arif (2)) lepak kat luar berlatarbelakangkan bukit yang bersimen tu menikmati bekalan roti planta dengan air mineral. Jadi le.. saja rilek-rilek kejap. Dua anak dara masih tidur di dalam kereta.

Perjalanan diteruskan dan kelihatan hujan gerimis semasa melepasi terowong Genting Sempah berdekatan susur nak ke Genting Higland. Ada MPV Toyota Innova berada di lorong kanan sekali tapi slownyalah! Tolonglah bang! Kalau dah slow tu gunalah lorong kiri sekali. Hubby memotong guna lorong tengah. Tiba-tiba ada pula MyVi yang lebih laju memotong dari lorong kiri sekali. Ni sorang lagi, jalan ni turun bukit. Janganlah laju-laju!

Bagi yang biasa melalui terowong ini tentu perasan, tidak kira datang dari arah Pahang atau pun Kuala Lumpur tidak digalakkan menekan minyak sangat sebaik saja melepasi terowong kerana jalannya yang agak curam. Ramai yang dah terbabas dan terlibat dalam kemalangan. Mak aku pun pernah cerita masa aku kecil-kecil dulu dalam zaman 80-an ada kereta yang terjatuh ke dalam gaung. Memang sangat dalam gaungnya. Takut aku nak membayangkannya.

Tiba-tiba ada panggilan masuk di handphone aku. Mak bertanya aku jadi balik ke? Aku katakan pada mak bahawa aku dalam perjalanan. Mak mana yang tak risau anak cucunya bergerak malam dalam perjalanan yang agak jauh.

Pukul 2.30 pagi agaknya kami sampai ke rumah mak di Jengka. Mak cepat sedar sejurus kereta parking depan rumah. Anak-anak pun lemah je berjalan masuk ke dalam rumah embahnya (nenek). Masing-masing mengantuk sampai disuruh basuh kaki dulu pun dah tak sempat. Terus saja baring di tilam yang kakak aku dan abang ipar aku bentangkan di ruang tamu tingkat atas. Itulah tapak aku anak-beranak tidur bila balik rumah mak.

Terima kasih pada kakak, abang ipar dan mak yang bersusah payah bentang dua tilam besar dan satu tilam bujang untuk aku sekeluarga. Maklumlah dalam lima beradik ni, bilangan ahli keluarga akulah yang paling besar dan badan pun besar-besar. Anak sulung dan yang kedua pun dah bersaiz orang dewasa.

Alhamdulillah selamat sampai. Masing-masing dah mengantuk. Paling kesian kat driver lah... he..he... sian hubby aku! Zzzz..

18 comments:

Dekcik said...

mesti penat kan..

bace entry terbaru dekcik..
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/bersyukuralhamdulilah.html

Luqman Zakaria said...

bhya kot memalam jalan jauh!!

arepnakbebel: tutorial letak BLOG dalam ENTRY!!

tim_fs said...

kak liza..kalau ngantuk..tukar tukar la drive tu..hehehe..

Dr K said...

Highway Karak tu mmg ngeri, kalau tak hujan pun saya tak berani bawa laju..

Jenuh la nak cuci pakai air mineral..hehehe

sitiezahim said...

heheh dah lama x lalu highway tuh..:)

Puan Kutu said...

dekat terowong tu memang bahaya..byk pulak lapnya..takutlah bila laju2

ummiross said...

bestnya balik kampung...

Suara Kalbu said...

Ohh orang Jengka rupanya Kak Liza..

Ida duk dekat dengan Sungai Tekam Getah tu huhuhu

Ibu Muda 30series said...

wani kalau balik lepeh, plg lewat gerak pun kol 9 cmtu, husband tak suka bawak keta tgh2 mlm..

Liza @ Adzriel AB said...

Dekcik : ngantuk le dekcik

Liza @ Adzriel AB said...

arep_lockermonth : kena hati2 le..

Liza @ Adzriel AB said...

mama tims : tido lagi best..ha..ha..

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : jalan baru pun agak gelombang...tak rata.

Liza @ Adzriel AB said...

sitiezahim : tak pe..gi umah kitaorg je

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : memang kena hati2

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : kecoh le coz semua balik

Liza @ Adzriel AB said...

Suara Kalbu : looorrrr dekat le ghopernyee.

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : jarang sgt gerak malam. tiba2 je tu.