Yang paling penting tidak menerima pulangan wang yang salah semasa membeli barang di kantin sekolah. Kadang-kadang peniaga kantin sekolah kalut melayan murid-murid yang ramai hingga boleh tersilap mengira baki. Anak-anak kecil hanya menadah tangan saja tanpa mengira nilai wang yang diterima. Usahkan budak kecil, orang dewasa pun ramai yang terima sahaja baki wang tanpa mengiranya. Kadang-kadang aku pun begitu juga.
Bila dah cekap mengira duit, Insyaallah boleh 'score A' dalam matapelajaran Matematik nanti.
Apa pun aku seronok dengan usaha yang Sofya lakukan. Teringat aku semasa aku kecil-kecil dulu. Aku seronok kerana usaha yang Sofya lakukan bukan sekadar memberi teori atau leteran pada anak-anak semata-mata tetapi praktikal yang jelas dan berkesan untuk anak sekecil itu memahaminya.
Lihatlah usaha Sofya pada anaknya : Duit di mata dia
Lebih kuranglah juga dengan entry aku ini : Kecil-kecil dah mata duitan, ada teknik untuk anak mahir dalam pengiraan nombor perpuluhan.
5 comments:
usaha yg bagus!
amboi, cantik sungguh bunga2an kat sini, rasa macam kat taman! :)
Blog ni dalam lulu-pages.. :)
Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
mesti kena ajar anak-anak masa kecik2 ni . nanti besar taklah gelabah . boros sana sini . nak-nak sekarang semua benda dah mahal ..
Teringat saya masa saya kecil dulu, sebelum masuk sekolah, dua benda asa ayah saya ajar sampai saya cekap:
- kira duit
-belajar tengok/baca jam
:)
Post a Comment