iklan

Followers

Pages

Monday, 6 June 2011

Parking di D'Arab Cafe @ Uniten



Aku yakin ramai yang tahu lokasi gambar ini. Inilah jalan di depan restoran D'Tasik yang berdepan dengan hotel Residence di Uniten. Ujang dan Yana mesti dan wajib tahu tempat ni!

Setiap kali aku ke sini, situasi beginilah yang sering aku lihat. Kereta parking di kiri dan kanan jalan. Lebih teruk bila hari Jumaat kerana ada masjid di situ. Itu tak mengapalah, di mana-mana masjid pun memang sesak pada hari Jumaat.

Walau pun ada parking kosong dekat restoran D'Tasik tu, mereka tetap nak parking di kiri dan kanan jalan. Akibatnya perjalanan kereta yang lalu di sini terganggu.

Sempat aku ambil gambar ni semasa nak melintas jalan menuju ke D'Arab Cafe.

Hubby aku suka bawa aku dan anak-anak makan di D'Arab Cafe yang berdepan dengan jalan itu. Memang sedap nasi Arabnya. Gambar bawah ni aku copy dari SINI.

D'Arab Cafe @ Uniten


Aishah makan dengan tekun

Gambar ni dah lama aku ambil. Pergi lunch di D'Arab Cafe selepas ambil anak sulung aku dari sekolah. Tiba-tiba pulak hubby ajak ke sini! Orang nak belanja, setuju ajelah aku...

5 comments:

Puan Eka said...

nasi arab yer kak..ada kambing taK?
eka tak makan kambeng...huhu

Liza @ Adzriel AB said...

Cik Eka : Eka makan ayam je la... jom le!

Zura said...

sedapnya...ayamnya pun besar..dulu pernah lalu sini tapi x benti...

ummiross said...

Sedapnya,nasi arab memang favourite ummi..

Hanis Azla said...

parking lot dah disediakan, tp semua nak parking keta tepi jalan sebab tak perlu nak jalan jauh.. pentingkan diri sendiri aje.. saya pun pernah makan kat situ kak.. sedap..