Pagi tadi dapatlah juga sarapan sama-sama kat kedai dengan hubby, Asyikin dan Azri. Arifsudah aku hantar ke rumah pengasuh. Anak sulung si Aishah dan adiknya Amirul memang jarang sangat nak makan kat luar. Kalau jauh-jauh macam ke Alamanda tu barulah nak mengikut. Geram juga aku dengan malas diaorang tu. Malas nak bergerak, badan pun berat.
Bila malas nak bergerak, badan memanglah terasa berat walau pun secara fizikalnya kurus aje. Semua kerja jadi lembab dan otak pun tak berkembang. Kalau rajin bergerak, orang yang berbadan besar pun boleh siapkan kerja lebih pantas dari orang yang kurus.
Cadangnya nak ke Mid Valley, KL selepas hubby solat Jumaat... Laaaa.. tidor la pulak! Nak pergi Maxis centre sebenarnya. Hubby nak batalkan broadband dia tu. Aku dah batalkan broadband Celcom aku minggu lepas kat Mines di Seri Kembangan je. Dah ada Streamyx, buat apa berhabis duit bayar broadband tu.
Dah lewat, pukul 4.30 petang pun. Nampak gaya memang tak ke Mid Valley lah. Kalau pergi pukul berapa pulak nak balik. Takkan nak ambil Arif dari pengasuhnya lewat?
Aku cari kat website Maxis, jumpa Maxis centre ada satu di LCCT. Bolehlah kot ke sana aje! Sebelum ni pergi ke Cheras dekat Leisure Mall tu. Sekarang malas dah nak layan jammed dan susah nak dapat parking. Kalau ke LCCT boleh juga bawa anak-anak makan-makan kat situ.
Mmmm... solat Asar dulu.. jom terjah LCCT.
2 comments:
LCCT silap haribulan...pun sesak derr...ahakz
biaslah, ada hari tu kita rasa malas sangat nak post entry dan blogwalking, rasa nak bersantai-santai je..
Post a Comment