Ada restoran baru di kawasan aku yang terletak di lot kedai lama mengadap jalan masuk dari Tol Putra-Mahkota. Baru saja dibuka pada 31 Mei 2011 lepas.
Ada banyak pilihan untuk sarapan seperti mee goreng, nasi goreng, kuew tiaw goreng dan nasi lemak. Boleh juga kalau nak minta sandwic telur, tuna atau ikan sardin.
Nasi lemaknya memang sedap dan aku memang suka sambalnya. Anak-anak pun setuju nasi lemaknya sedap.
Sempat aku berbual dengan mak pada tokey kedai tu. Seorang guru Penolong Kanan di sebuah sekolah menengah di Cheras katanya. Sementara cuti sekolah inilah dia membantu anaknya.
Aku harap kedai ini dapat bertahan kerana lokasinya jarang menjadi tumpuan pelanggan. Dah banyak kali kedai-kedai makan di kawasan bertukar pemilik. Kalau tak silap aku lot kedai ini dulu merupakan sebuah klinik. Klinik tu dah berpindah ke lokasi yang lebih baik berhampiran klinik gigi, restoran mamak dan pejabat pos.
Biasanya pelanggan kurang pada waktu siang. Memang banyak parking kosong pun. Tetapi bila malam tiba agak meriah juga dengan pelanggan datang hingga meja di pasang di luar restoran.
Apa yang penting bagi aku jangan ada pelayan yang pening lalat seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ini : Pelayan restoran yang berangan.
Boleh tengok gambar-gambar menarik tentang restoran D'Orange ini di SINI.
4 comments:
akk sy lapar,
kalu sy dtg mkn kat cni, akk belanjer sy yerh :)
hye kak liza, mana pic makanannya? hehe :D
Suami ummi pun cuti, sambung cuti hari Gawai, ni baru sempat ziarah rakan2...
jauh nya kalau nak ke sana..apa pun t.kasih kongsi-kongsi info
Post a Comment