Terpandang sesuatu yang menarik perhatian aku di facebook. Ada kisah reunion pelajar SMTA dalam akhbar Sinar Harian (08 Jun 2011) dan Utusan Malaysia (07 Jun 2011).
SMTA - Sekolah Menengah Tengku Afzan, Kuantan, Pahang.
Kalau dalam berita ni kata mereka berjumpa selepas 22 tahun, bermakna mereka ini senior aku setahun aje. Nostalgia sungguh.
SMTA terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Guru lelaki pun ada 1-2 orang sahaja agaknya. Aku belajar di sini dari tahun 1986 hingga 1990 dalam aliran Perdagangan (Tingkatan 1 hingga 3) dan aliran Sains (Tingkatan 4 hingga 5).
Aku agak low profile masa sekolah dulu. Mungkin tak ramai yang kenal pun. Cuma aktif dalam Kelab Catur aje. Itu pun semasa tingkatan 4 dan 5 aje.
Kenangan aku dalam 5 beta (1990)
Mana satu aku ye? Yang bertudung di belakang sekali.
Di tengah-tengah paling tinggi (kononnya!)
Sorry le.. gambar agak blur. Aku ambil dari facebook kawan aku.
Terima kasih Vimmi sebab jumpa berita ni di wall facebook dia.
5 comments:
Reunion will always be terbaik. seronok, kan dpt jmpa kwn lama.
kakchik@ella : memang kecoh le..he..he..
kan best sekolah kina pun wat mcm nie...urrrrmmmm.
wah best..akk bila nak reunion?hehe
Acapkali ku soalkan pada hati
Bisakah ku temui keikhlasan
Seiring ku bertanyakan pada minda
Bolehkah ku kecapi sucinya sebuah persahabatan
Ingin ku laungkan pada rasa
Mampukah ku ubati sebuah kekecewaan
Kini ku dakapkan pada nadi
Adakah usiakan menanti di penghujung masa
Terus ku lagukan pada sendu
Akan adakah lagi rindu di lewat musim bunga
Lantas ku alirkan pada tangis
Adakah ku bisa lagi tertawa
Hati terus berbicara... mana perginya keikhlasan
Terdetik pula di minda mengapa telah lenyap kesucian
Lalu terlukalah perasaan tak ku temui penawarnya
Nadi bergerak pantas di penghujung lewat usia
Takkala melagukan wajah sendu yang kelam dari seribu warna
Lantas airmata pun mengalir kerana yang pasti
Aku hanya seorang wanita
Post a Comment