iklan

Followers

Pages

Thursday, 2 June 2011

Hentikanlah kehinaan ini!


Pantau aktiviti anak-anak kita

Rasa nak menitik air mata aku bila membaca tajuk utama Harian Metro pagi ini. Betapa kejamnya manusia ini. Tiada 'berhati perut' lansung membunuh insan lain yang tidak berdosa gara-gara kesilapan sendiri. Berita penuh di SINI.

Jagalah nafsu dan hentikanlah perkara-perkara yang merosak diri, maruah dan memalukan diri sendiri dan seluruh ahli keluarga. Tidak sebesar mana pun keseronokan yang dicari, hanya keburukan dan kehinaan yang bakal menjelma selepas itu.

Hidup sentiasa dibayangi dosa, keresahan dan kebahagian yang palsu belaka. Hati tidak akan pernah aman. Sekali tersilap hanya meninggalkan satu 'cop mohor' di dahi yang membuatkan masyarakat memandang serong pada anda. Jangan salahkan sesetengah masyarakat yang tidak menerima anda walaupun anda telah insaf. Maka jangan lakukan kesilapan ini walau pun sekali.

Hentikanlah kehinaan ini bukan hanya pada pelaku tetapi seluruh masyarakat patut bekerjasama untuk membenterasnya. Jangan hanya menyuruh anak berbuat baik tetapi pandanglah semula diri sendiri agar menjadi contoh yang baik juga buat si anak. Jelaskan pada anak-anak sebab dan akibat kita melarang mereka berbuat perkara tak elok. Rujuk pada yang pakar jika buntu.

5 comments:

Hanis MY said...

sedih jugak dengan budak2 zaman sekarang ni kan huhu bertindak sebelum berfikir...

p/s: akak cantiknya background tulip tu...

bicara mak dara said...

gejala sosial kalangan remaja skrg ni rasanya macam dah diluar kawalan dah kan..

Cik Tim said...

tah la..sekarang ni tak tahu kat mana silapnya, semua tu jadikan.. huhu


p/s: akk 48 thn ea?? hehe.. kantoi da

Unknown said...

Aiyoh… Sedih okeh…
I think this is just too much la tak sampai hati ish2

Sofya said...

didikan awal tu penting..
tapi pemantauan berterusan juga sama penting...