Gambar google
Aku membalas kunjungan pelawat ke blog aku. Lansung aku dapat melihat pemandangan yang cantik, unik dan mencuit hati di kawasan nelayan. Terasa seperti hembusan angin yang adakalanya lembut dan selalunya seperti kipas angin yang besar aje.
Terkenang aku ke zaman aku tinggal di asrama selama 5 tahun di Kuantan. Lebih kurang beginilah suasana di belakang asrama aku. Aku tinggal di Asrama Semai bakti Tun Abdul Razak, Kuantan dari tahun 1986 hingga 1990 iaitu sebuah asrama penuh yang dikelolakan sepenuhnya oleh pihak FELDA.
Setiap hari aku melihat bot-bot nelayan lalu di sungai Kuantan belakang asrama. Sayup aku dapat melihat Tanjung Api yang kini boleh menjadi pilihan para pelancong untuk dilawati. Ada jeti untuk para nelayan berlabuh di belakang asrama puteri. Memang pemandangan yang sangat menarik.
Bila menyidai kain di belakang asrama mestilah dipastikan bersepit. Kalau tidak terbanglah kain-kain dek kerana angin yang kuat. Kain yang lembab sekejap aje keringnya.
Paling meriah bila ramai pelajar yang suka lepak di belakang asrama bila hari cuti sambil menikmati pemandangan yang cantik dan anginnya yang segar. Teringat-ingat bunyi bot-bot nelayan yang lalu. Blog Ittewww membuat aku terkenang kisah silam.
Aku rasa tak banyak asrama yang punya keunikan pemandangan seperti yang aku alami. Mendengar deruan ombak yang sangat hampir dengan tebing yang telah di simen. Hanya pagar asrama yang memisahkan kami. Kadang-kadang dapat kami merasa percikan halus airnya bila ombaknya agak kuat.
7 comments:
best kan duk asrama ngadap laut...mlm2 sejuk aje...oh akak pun anak felda yer...sekapal kita :)
EE blkg dorm dulu laut...
angin segar dan damai kanns.. ehehe
Maya Mayana : anak felda juga.. yeayyy!
EE : angin menderu je kan! tak pasang kipas pun tak pe.
en_me : ya betull..
sekolah mna eh....
shahjiehan : SMTA
saya xpernah merasa duk asrama..kecuali time msk kolej..tu pun balik rmh every weekend T__T
Post a Comment