iklan

Followers

Pages

Friday, 1 July 2011

Isi blog bagus, sayangnya loading lembab

Aku suka masuk satu blog ini. Seronok membaca entry-entrynya. Malah hubby aku yang jarang nak buka blog orang lain pun kadang-kadang menjengah juga.

Follower pun ramai hingga melebihi angka 1000 dan pelawat dari serata dunia sebab aku boleh nampak di counternya.

Masalahnya bila aku buka blog dia selalu je 'hang' dek kerana beratnya loading ke blognya. Kadang-kadang menyebabkan loading serentak yang lain pun turut 'hang'. Facebook aku pun kadang-kadang jem hinggalah aku terpaksa klik pangkah blognya. Rasanya pernah juga bertanya tapi mungkin tak sempat atau terlupa nak buat perubahan.

Apa yang aku nampak ada banyak sangat gambar-gambar di sidebarnya. Widget jam mungkin tak perlu rasanya. Ada senarai exchange link yang 3 baris dan panjang hampir 3 jengkal ke bawah. Memang beratlah nak loading. Bloglist pun panjang juga.

Aku nak komen di blognya pun mengambil masa yang lama sebab perlu tunggu 'reloading' bila klik nak bagi komen, kemudian baru boleh taip komen. Bila dah siap taip, akan 'reloading' lagi bila nak hantar komen tu. Lepas tu kena pulak taip verification dan 'reloading' lagi, baru keluar approved. Aku cadangkan guna cara INI untuk blogspot. Bayangkan setiap 'reloading' tu agak lama. Kadang-kadang pernah aku tak dapat komen lansung.

Korang mungkin kata jangan masuk dah blog dia. Memang ada rasa macam tu juga tapi ada banyak benda dalam tu yang hubby aku dan anak-anak aku suka. Kalau blognya lebih ringan tentu berpusu-pusu pelawat datang blog dia tanpa perlu dia nak blogwalking pun sebab isi blognya tak sama macam orang lain.

Rugi rasanya bila isi blog bagus tapi akibat loading terlalu perlahan membuatkan pelawat susah nak datang lagi. Widget-widget yang banyak pun sangat mengganggu bila nak follow atau nak komen. Banyak kali klik pun selalu saja terklik widgetnya.

10 comments:

Eyrique Ettiqazz said...

blog sape tu,bg url dia..nak g terjah..suka bc blog yg best2 ni...

Alisya said...

sayang lah kalau macam tu...kadang2 kalau alisya penat nk tunggu pangkah terus..dari semangat nak baca, jd tak baca terus...huhu

Syazwan said...

saya sokong kak :)

Rahmad said...

kalau blog tu lmbat loading memang lain kali tak nak pegi dh blog tu..haha

anismelon said...

anis nye blog berat tak kak..heeee..anis pon salu gitu gk na g blog org..kadang hang..

diana said...

blog saya pun berat kak..
esok baru nak ubah sikit apa yang tak perlu..

diana said...

blog saya pun berat..
esok nak ubah semuanya..
susahla kalau blog berat ni..
orang tak nak singgah..

mcm blog saya la sejak akhir2 ni
dah kurang pengunjung..
dah ramai blogger yang selalu singgah tapi dah tak datang lagi..
datang pun jarang2...
mesti sebab blog saya berat..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

oh.. saya pun nak kena check blog saya berat ke tak ni.. sayangkan kalau buat cantik2 tp org tak boleh masuk kann..

cik najihah said...

blog sy berat x kak hee..
kadang2 spoil mood kn

Aku Ibu Muda said...

kak liza...blog wani berat tak?