iklan

Followers

Pages

Sunday 17 July 2011

Kita ni ramai yang sempurna

Kita yang membaca entry ini sudah pasti celik mata dan sempurna tubuh badan. Namun mungkin juga ada yang kurang upaya. Yang aku pasti tentulah matanya dapat melihat alam ini.

Ramai antara kita juga punya kaki dan tangan yang sempurna. Namun sedihnya bila hidupnya menyusahkan orang dengan memeras ugut, merompak dan meragut harta dan wang orang lain.

Memeras ugut bukan hanya pada yang tidak dikenali malah ada yang tidak berhati perut menindas ahli keluarga sendiri demi kesenangan hidup sendiri. Semuanya kerana malas dan inginkan kesenangan dengan mudah.

Malah ada yang sampai sanggup membunuh ahli keluarga sendiri semata-mata kerana wang dan harta.

Dia bukan memeras ugut atau merompak tetapi menjual diri untuk mendapatkan wang. Hilang segala pertimbangan akal dan dosa untuk meraih rezeki. Ini juga kerja orang yang sempurna tetapi juga mengundang dosa.

Kisah pagi ini mengharukan aku yang terkadang malas bekerja dek kerana pelbagai alasan yang sebenarnya boleh saja aku hadapi. Aku sempurna tubuh badan untuk bekerja mencari rezeki yang halal.

Bila melihat kesusahan orang lain, hulurkanlah sedikit rezeki yang ada pada mereka. Moga Allah gandakan lagi rezeki kita dikemudian hari. Tidak pun menjadi timbangan yang berat ke arah pahala buat kita.


Ada juga yang memerlukan bantuan di sini :

Boleh juga jenguk-jenguk entry berlabel Saham akhirat.

3 comments:

Unknown said...

yang tersirat disebalik kesempurnaan sifat tersebut ialah ketidaksempurnaan hati dn iman..dn begitu juga sebalik nya...betul tak :)

Anonymous said...

kadang2 kita selalu rasa tak cukup dengan apa kita dapat kan.. sebab tu sekali sekala kita kena tengok kesusahan orang lain, baru kita sedar sebenarnya kita ni dah cukup bertuah.. :) rezeki sama-sama kita kongsi, tak luak pon kan kalau hulur pada yang memerluka? atas dunia ni sementara je pon kita hidup.. :)

Puan Kutu said...

setakat tgok jer tak membantu..emm..