iklan

Followers

Pages

Sunday 17 July 2011

Mana ada kurus pun! Comel dah tu!

Gemuk sangat salah, kurus sangat pun salah. Bila dah gemuk, macam-macam cara diusahakan untuk kurus. Bersenam, makan pil, berurut, balut dan pelbagai cara juga dilakukan. Kalau dari gemuk nak jadi kurus ni memang paling popular berbanding mereka yang kurus nak bagi badan tu berisi sikit.

Bukan perempuan je, lelaki pun ramai yang tak puas hati dengan bentuk badan sendiri. Apatah lagi yang melibatkan kesihatan. Tapi ramai juga yang tak kisah lansung diri dia gemuk mahu pun kurus.

Tak kisahlah nak dapatkan bentuk badan yang diidamkan ikut cara mana sekali pun tapi biarlah kita yakin caranya selamat. Orang kata senaman itu yang terbaik, tapi ada juga caranya. Khuatir juga terlebih bersenam, takut mudharat pula jadinya.

Apalah yang kita dapat jika nyawa jadi taruhannya semata-mata inginkan kecantikan. Cukuplah kesihatan yang sempurna jika sukar kita perolehi kecantikan luaran itu. Kesihatan yang baik itu lebih nikmat untuk kita kecapi.

Masa bujang dulu ada juga rasa tak cantik bila tengok diri ni kurus sangat. Makan banyak dan kerap pun susah benar berat badan aku nak naik. Berat terakhir aku zaman bujang adalah 49kg dengan ketinggian 160kg. Kurus sangat ke? Aku rasa kurus sangat.

Itu yang aku rasa, orang lain kata ok aje... perasaan diri sendiri memang begitukan!

Ada juga rakan aku yang sibuk nak minum susu tambah berat badan. Masa tu aku pun dah kahwin dan dia masih bujang. Aku katakan padanya tak perlulah nak bersusah nak tambah lagi. Bersyukur dengan kurusnya yang dah cantik pun. Kalau dah kahwin nanti berat badan tu naik le. Itu pandangan peribadi aku ikut pengalaman sendiri.

Sekarang tak payah aku nak cari ubat dah! Berat aku naik ke 60kg selepas setahun melahirkan anak kelima, Arif. Sebelum tu paling tinggi pun kekal di angka 55kg. 60kg memang buat aku rasa bulat. Dulu-dulu risaukan terlalu kurus, ambik kau sekarang dah naik 11kg dari masa bujang dulu. Tak ada pun makan ubat tambah berat badan.

Cuma bila berat dah terlebih ke obesiti tu memang logiklah nak usaha turunkan, tapi biarlah dengan cara sihat agar diri pun sihat.

Jadi, pada mereka yang rasa dirinya terlalu kurus tu, tak perlulah rasa risau sangat. Kalau ada pak we atau mak we yang asyik bising tak suka kita kurus, bawah atau atas kecil tu aku cadangkan korang cari teman lain je. Teman yang dapat terima diri kita seadanya.

Eh! Risiko tanggung sendiri ye kalau ikut cadangan aku suruh putus kasih ni. Yang dah kahwin tu janganlah mulut bising nak komplen badan pasangan banyak sangat. Sikit-sikit dah la! Tok sah bercerai pulak semata-mata kerana bentuk badan. Adatlah dah kahwin, boleh jadi 'pregnant' memanjang.

Jangan sampai jadi macam ni : Pil gemuk RM5 bawa maut

11 comments:

Scha Nazri said...

nakkk kurussss! wuwuwuwuwuwuwuwu


10 mitos tentang rambut. tahu?

Unknown said...

kalau liza rasa nk kuruskan badan..kak ida pula sibuk nk mengemukkan badan...akak rasa memang kurus..walaupun skrg ni dah ada bertambah skit tp rasanya msih di bawah paras BMI..

Puan Kutu said...

setuju2..dulu kurus tak nikmati pun kurusnya,..skang bila dah tembam rindu pulak pada kutu yg kurus.haha..

.........cP~ said...

haha..memang macam tu la adat manusia. yang kurus nak gemuk sikit, yang gemuk nak kurus sikit. janji sihat sudah lah..

umiawadah said...

jom puasa!mesti kurus....sikittt..

Kak Aya said...

Liza - kak aya ni obes tapi sampai la ni masih belum berjaya turunkan berat badan hu hu

Ct Aja said...

hi2.. betul 2 kak, kdg2 kt tgk bdn dia da ok, tp cm xpuas hati lg, tembam la comel, blat jerk tgn...ki3

atuk said...

Assalamualaikum Liza

saiz pinggang saya sama drp dulu lagi...he he

Wassalam

Dinas Aldi said...

akak ni gebu kentang tapi hepi dengan diri sendiri, hehe

Ummiross said...

baca newspaper semalam, wanita maut kerana makan pil nak gemuk...sedihnya.

Anonymous said...

I wished to thanks for this wonderful study!! I certainly experiencing each and every minor little bit of it I've you bookmarked to verify out new things you post…