iklan

Followers

Pages

Monday, 4 April 2011

Sayangkan harta lebih daripada ahli keluarga

Aku pernah baca kisah ni berkali-kali. Mungkin juga ada antara korang yang pernah juga baca kisah Di antara sayang seorang anak dan sebiji kereta. Hanya kerana jahilnya anak kecil yang masih tidak memahami tentang perkara-perkara yang salah di mata orang dewasa, dia kehilangan tangan yang sangat berharga. Inilah terjadi bila kita menjadi hamba kepada harta hingga hilang kasih sayang terhadap ahli keluarga sendiri.

Siapa yang tidak sayangkan harta? Tapi janganlah kerana harta kita harus kehilangan kasih sayang ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak dan rakan-rakan. Semuanya ada cara menanganinya. Ada pula tahap mana kita perlu pentingkan harta. Mempertahankan harta kita dari di rompak memanglah patut tapi tak sanggup pula kalau nyawa jadi pertaruhannya. Macam kes-kes rompak dan ragut. Tapi kalau kes Palestin di ceroboh Israel tu memang wajib lawan.

Orang yang terlalu sayangkan harta hingga orang lain tak boleh sentuh patut rasanya aku kategorikan sebagai Haji Bakhil. Hatta dengan anak bini pun berkira sangat. Soalan aku mudah saja. Semua harta tu nak bawa ke mati ke kalau anak bini sendiri pun tak boleh nak sentuh?

Ramai antara kita yang terlalu sibuk mencari harta hingga terlupa bertanya khabar dengan ahli keluarga sendiri. Memanjang aje tak dapat turut serta dalam acara-acara keluarga. Begitu juga sering saja tak nampak muka dalam aktiviti masyarakat. Esok bila dah sakit nanti siapa pula yang nak menjaga? Sudah tentulah ahli keluarga sendiri.

p/s: Kalau tak boleh nak sayang anak dan isteri patutnya jangan kahwin, tapi dah terlajak. Nak buat camner. Belajar-belajarlah berubah!

9 comments:

Dr K said...

sibuk mcm mana pun cari harta, kena luangkan masa utk family, utk anak anak.

anak2 yg membesar dgn penuh kasih sayang BERBEZA dgn anak2 yg membesar dgn wang ringgit

hana devushka said...

memang tak patut la kedekut dgn family sendiri ni..berdasarkan pengalaman sendiri pun, dah 22 tahun aku hidup ni, atuk aku tak pernah bagi duit raya walau 1 sen pown. apatah lagi 10 sen.. Bukannya kita nak duit raya lagi bile dah besar panjang ni.. tapi pengalaman masa kecil tu susah nak padam. Ia akan kekal di situ selamanya.

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : byk berlaku dlm surat khabar pasti salahkan anak. betul mereka salah kerana bencikan mak/ayah sendiri tapi kena tau juga puncanya.

Liza @ Adzriel AB said...

hana devushka : sikit pun jadilah ye.. lain le kalau miskin sangat. kita pun faham.

Asri Alam said...

pernah terbaca ni dulu. hehe.. cerita teladan

Asterisk Boutique Administrator said...

Tak patutla nak kedekut dengan anak isteri sampai sanggup jadi hamba harta... cari nafkah tu untuk siapa kalau bukan untuk anak isteri kan, takkan untuk poket sendiri aje. Sangat2 selfish... Bila dah tua nanti, anak2 tak hirau.. siapa yang nak dipersalahkan???

Liza @ Adzriel AB said...

Asterisk Boutique Administrator : mulalah kata anak derhaka...siapa puncanya.

Liza @ Adzriel AB said...

diana : usahkan diana, kalau saya pun akan buat mcm tu juga.

manueng said...

teruk sgt tu kalo dengan anak bini pun kedekut...dah la kedekut, abaikan anak bini plak sbb kejar harta...mmg x patut la gitu...