Kurma masih segar di tangkai yang paling enak
Semalam terjumpa sekotak kurma dalam peti sejuk. Entah dah berapa bulan ada dalam peti sejuk tu. Aku suka makan kurma terutama semasa mengandung. Kadang-kadang boleh habis semangkuk kecil. Bukan 3 biji atau 5 biji yang aku makan. Bukan juga 7 biji seperti yang orang kata sunat makan dalam bilangan ganjil. Tapi semangkuk kecil dalam belas-belas jugalah bilangannya.
Kadang-kadang kurma cina pun aku makan juga tetapi rasanya lebih manis seperti manis gula. Entah kenapa, nikmat betul aku makan. Semalam pun habis juga dalam 7-8 biji kurma. Tapi aku makan bersama-sama Arif. Suka pulak si kecil tu dengan kurma. Sebelah aku makan, manakala sebelah lagi aku bagi kat Arif.
Bacalah khasiat kurma di blog kawan kita ni :
4 comments:
sama la, masih ada kurma dalam peti sejuk. sejak ramadhan lepas. haha
Sasa Al-Sharif : samalah kita
diana : kurma madu kira ok jugak le. kena minum air masak banyak lepas tu.
suka juga makan begitu shaja.. kalau wat air.. kureng sikit nikmatnya..
JOM KE: ALL IN ONE
Post a Comment