iklan

Followers

Pages

Monday 27 June 2011

Harap cepat seminit, tapi terbabas ke kubur!

Banyaknya kemalangan berlaku sampai tujuh kejadian sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KL seperti yang Mas Saari ceritakan di SINI. Alhamdulillah, Mas sekeluarga selamat tiba ke lokasi yang dituju. Aku pun risau juga dengan jalan Karak ni.

Ramai pemandu lupa tentang langkah-langkah keselamatan hanya kerana ego, nak cepat dan sebagainya semasa memandu. Akibatnya nyawa sendiri terancam dan juga boleh melibatkan nyawa orang lain juga.

Abang kandung aku pernah bercerita semasa aku sedang memandu kereta Persona miliknya yang baru dibelinya pada April 2011 lalu. Saja nak cuba, best ke tidakkan Persona gear manual ni. Pick-upnya baik atau tidak terutama semasa memotong kenderaan lain. Maka timbullah cerita bagaimana kemalangan berlaku akibat memotong kereta lain yang tak lepas.

Saksi bercerita bagaimana ada kereta yang memotongnya dan masuk di depan keretanya setelah saksi memperlahankan keretanya untuk memberikan sedikit ruang. Kereta tersebut masuk sekejap saja di depannya dan cuba lagi memotong kenderaan di hadapan. Tapi malangnya ada lori yang datang menghentamnya dari arah bertentangan. Tak tahulah sama ada dia tak nampak lori yang datang itu atau tersilap jangkaan. Saksi yang merupakan kawan abang aku terasa agak trauma juga. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Pemandu kereta berkenaan terbunuh akibat kecederaan parah.

Janganlah memperjudikan nasib nak memotong di tempat-tempat yang dilarang. Harap nak cepat seminit, lansung ke mana jadinya. Bersabarlah sedikit asalkan selamat nyawa kita dan orang lain. Tiada siapa nak pujipun kalau kita berjaya memotong dengan selamat di tempat-tempat yang dilarang. Mengutuk dan menyumpah seranah lagi adalah agaknya!

7 comments:

Lina said...

bila pemandu yg pentingkan diri mcm tu lah jadinya...org lain yg jd mangsa

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bahaya..tak kira kete jenis ape skali pun, kalau pemandu cuai pun boleh excident jgk..huhu~

anismelon said...

kalo semua memnadu secara berhemah..msti semu selamat..cam la anis pg tdi..dah la hujan..huhu..kite naik takut na drive

Muhaimin said...

Malang tak berbau. Ngeri betul tengok berita cenggitu huhu..

yanamib said...

kdg² geram tgk driver² yg tergopoh gopoh bwk kete..mcm dia sorg je nk cpt..klu ye pon xthn nk berak or tkt xsempt nk solat ke xyah la smpi bahayakn org len kan *pk positif*...

klu dia sorg eksiden xpe..tp biasanya klu eksiden mesti babitkan kereta² len skali..hehh~ =.=

Eye_nee said...

mmg selalu rasa tak paham dgn sikap pemandu2 yg tek berhemah ni...berani betul mengejar MAUT...tp kerena kecuaian mereka2 ni..org lain pula yg jd mangsa...yg memandu tak berhemah ni hidup..yg berhemah pula maut...hrmmmmm...

Dr K said...

saya memang sedih dan marah bila tengok sikap pemandu yang tidak sedar tentang kemampuan kereta sendiri, tetapi masih mahu cuba memotong...penyudahnya, kerana kereta tak pick up, berdentum lah dgn kenderaan dari arah bertentangan.