iklan

Followers

Pages

Friday 17 June 2011

Jangan jadi hamba cinta



jangan kau kecewa cintamu di tolak
usah kau tangisi cintanya yang pergi
hingga batinmu terseksa
ini hanya dugaan di dunia

tinggalkan dia yang tidak menghargai
setiap kesetiaan dan kejujuranmu

janganlah kau berputus asa
tentu ada yang sudi denganmu
masih ramai yang lebih baik darinya

ini bukanlah penghujung
jangan biarkan hidupmu musnah
meratapi kegagalan cinta

bangunlah dari lena cinta
ada wanita lain yang lebih solehah
ada lelaki lain yang budiman hatinya
Insyaallah! Ada hikmah yang diaturNya

ingatlah! jangan gadai maruahmu kerana cinta!

Anna AB

8 comments:

suha said...

sudah hilang rasa cinta (^_^)

Sofya said...

hidup perlukan cinta dan kasih sayang.. cinta bukan semata2 untuk insan yg bernama lelaki

Siti Hajar Masri said...

cinta pada Allah x pe..;p

Zura said...

cinta biar berlandaskan akal fikiran..bukan berlandaskan nafsu..

kan kak...

Sal Saari said...

hambakan diri pada Allah...itu yang terbaik!!

Unknown said...

patah tumbuh hilang berganti..
kan kak liza??heheh...

eh!!sinichi dan ran...
saya suka..

Dr K said...

cinta kepada Allah dan Rasul ialah cinta abadi

Hanis Azla said...

bia dia pergi, itu maknanya dia tidak cukup baik utk kita.. tentunya ada yang lebih baik utk kita.. jd tak perlu utk dikesali kan kak..