iklan

Followers

Pages

Saturday 2 April 2011

Kesianlah kat depa yang susah tu!

Tiba-tiba aku terima sms dari Ina minta tolong aku register online anak dia untuk kemasukan darjah satu tahun depan. Tahun 2012 le. Angkat kening je aku bila baca sms tu. Aku boleh tolong tapi kepala otak aku rasa pelik. Rasa macam 'bingai' pun ada!

Harta yang si Ina ni ada cuma motor buruk untuk dia pergi kerja cuci rumah orang. Itu pun roadtax dah 4 tahun mati. Confirmlah tak ada insuran. Ina dalam kisah RM400 tu cukup ke?Entry dalam bulan ni juga tu. Peti sejuk pun atas ihsan orang lain. Anak-anak tidur berkongsikan tilam buruk dan agak nipis. Lantai pun beralaskan tikar yang aku bagi bila pernah aku jenguk rumah dia kelihatan tikar lama dah koyak rabak. TV ada juga tapi kecik je la buat hiburan anak-anak. Nilai seringgit tu sangat mahal bagi diorang yang hidup susah macam tu.

Aku rasa 'bingai' dan agak bengong bila sekarang nak register anak darjah satu pun nak kena online. Kesianlah orang-orang macam Ina ni. Bukan saja tak ada komputer, kalau dia pergi cyber cafe pun apa yang dia nak tekan? Nak 'On' komputer pun tak tau. Anak nak masuk darjah satu je..bukan IPT. Kalau IPT tu dah tentulah budak tu dah besar, biasanya pandai je nak guna komputer sekarang ni.

Sedih hati aku fikir hal ni. Rumah dia dengan sekolah tu dekat aje. Dua orang anak dia pergi balik sekolah jalan kaki je. Masalahnya tak boleh nak register secara manual kalau di pergi pejabat sekolah pun. Kena online juga.

Ahhhh... tension aku! Bukan sebab kena tolong dia, tension dengan sistem yang tak fleksibel. Kena panggil Aduan Rakyat ni.

15 comments:

CHE ROSSLI said...

Sedih nya baca cerita ini.. Kisah dia ini buat ambe lagi bersemangat yang satu hari ambe boleh bantu mereka2 yang susah perlukan pertologan.. articel mcn nielah patut2 dibanykkan. biar orang nampak ramai orang susah kat luar sana, bukan semua hidup senang. Allahuakbar!

Puan Kutu said...

isk kesian..tu la mmg tak praktikal..at least bg la option..nie mmg wajib on9?tak munasabah..:)

ummiross said...

Kesiannya...
bukan semua orang pandai IT, bukan semua orang pun ada komputer,Sungguh tidak mesra rakyat...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

kerani atau cikgu sekolah tu tak boleh tolong masukan data nya kerr

Wassalam

Dinas Aldi said...

Kesiannya Ina tu. Nasib baik dia boleh mintak tolong Adzriel, kalau takda orang boleh tolong dia, camana agaknya anak dia nak masuk darjah 1. Darjah 1 pun kena online?! Memang bingai sistem tu.

siti norlaili yusof said...

sedih baca entri ni sampai menitis air mata. dapat bayangkan betapa susahnya diorg nak daftarkan anak. betullah,setakat darjah 1 pun nak daftar on9. x patut sgguh.

bukan semua org blh on9..kewangan antara faktor. kalau diorg kata blh p cc pun,x semua org reti nak wat benda tu semua..

dan lagi 1,sgt simpati kat k.ina tu n anak2.. tp tu lah,ada lg yg lebih susah drp tu kan..

harap diorg sentiasa tabah.. :)

Liza @ Adzriel AB said...

AL-QASSAM : kita tolong ikiut yg kita mampu. sedikit pun dah rahmat bagi mereka

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : tak pasti lak wajib atau tak. rasa start tahun lepas kot. anak2 saya yg paling kecik sekolah pun dah darjah 3. tunggu arif pun lagi 5 tahun.

Liza @ Adzriel AB said...

Rozali : Wa'alaikum salam. tak pastilah pula. patutnya bolehlah tolong masukkan data secara online utk mereka yg tak mampu.

Liza @ Adzriel AB said...

Dinas Aldi : mereka tak cuba memahami masalah org lain. selfish.

Liza @ Adzriel AB said...

siti norlaili yusof : susah dia pun dah boleh buat akak ni terharu, apatah lagi mereka yang benar2 tak mampu.

Asri Alam said...

kesian la. sistem mcm tu dah tak betul. patut bagi excuse la kan utk golongan yg tak mampu. PIBG kena main peranan

Latifah said...

Ya Allah...
kesiannya kak.
nak register sekolah pun dah online ke?
ish ish... kesian pada yang tak berkemampuan dan yang tak pandai IT.
=(

Unknown said...

sistem yang giler..
kalau orang2 yang tak de reti online2 ni tak daftar anak diaorang cemana??
tak ke tercicir dah anak2 ni nak belajar...

manueng said...

ape la punye sistem...konon nak canggih, tp menyusahkan org pulak... nak daftarkan anak pun susah...adui la~