iklan

Followers

Pages

Friday, 1 April 2011

RM400 tu cukup ke?

Ina, seorang ibu beranak empat terpaksa bekerja menjadi 'mak cik cleaner' dari rumah ke rumah untuk mencari rezeki buat anak-anaknya yang masih kecil. Anak-anaknya baru berusia 11 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 2 tahun. Sekali-sekala ada juga aku minta dia tolong cucikan rumah. Upahnya sejam RM10 sahaja. Biasanya dia bekerja di rumah aku untuk tempoh dua jam saja. Itu pun sebulan sekali aje.

Aku : Ina pergi kerja ni siapa jaga baby dengan Ima (anaknya yang 6 tahun) ?

Ina : Saya hantar kat adik kejap. Dia suruh saya hantar ke rumah dia kalau saya ada kerja!

Aku : Berapa pulak upahnya, tak padan pulak dengan upah Ina dapat nanti?

Ina : Adik tak bagi bayar! Lagi pun dia ada mengasuh anak orang lain juga.

Aku : Nasib ada adik boleh tolong!

Ina : Bukan tiap-tiap hari pun. Tengok keadaanlah kalau ada orang yang suruh saya datang rumah diaorang.

Aku : Anak yang sulung dengan nombor dua ok ke kat rumah?

Ina : Diaorang balik sekolah jalan kaki. Kalau hujan baru saya pergi ambil dengan motor. Nasi dengan lauk dah masak siap-siap sebelum keluar untuk budak-budak tu makan nanti.

Aku : Bila abang balik? (Suaminya selalu oustation merata-rata sebab kerja kontrak)

Ina : Entah! Hujung minggu ni kot... (Nada suara bengang!)

Ina ni dah boring dengan suaminya yang selalu tak endahkan perbelanjaan keluarga. Paling banyak pernah dapat RM400 untuk makan 6 bulan. Adiknya pun baik dengan aku. Dia memang cukup kesian dengan kakaknya yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan keluarga.

Kisah orang buat aku rasa bahawa kehidupan aku ini lebih baik sebenarnya. Cuma adakalanya kita ini tidak bersyukur.

8 comments:

kejora said...

betul kak, bila jalan2 terjumpa org homeless, tengok anak2 yg hidup susah..sayu rasa hati.betapa bersyukurnya kita dpt better life dr derang.slalu kalau jumpa org susah, saya ajar anak saya bagi sedekah, so bila nampak orang susah automatik dia sendiri nak hulur duit..biar dia tahu ada ramai org hidup susah tak mcm dia

Sofya said...

kisah ina ni sama dengan ina yang sebelum ni ka?
Itulah kalau kita rasa susah, rupanya ada lagi yang susah dari kita.. :(

Mayana said...

mungkin tk cukup tp rezeki Allah kalau kita syukur mungkin tk rasa sempit...kdg2 rezeki lebih dr 400 tp tetap rasa tk cukup,tk pun ada duit byk tp sakit....yg penting bersyukur...

Hanis Azla said...

simpati dengan nasibnya.. bersyukur sgt dgn apa yg kita ada.. harap2 rezeki yang kita dapat ini diberkati olehNYA..

* ainul AB * said...

kesiannya RM400 for 6 months!!! tak patut betul!

is she ur ex-maid?

diana said...

erm...
kadang2 geram je dengan lelaki gini..
dia rasa bila dia jarang balik umah maknanye belanja umah tak payah bagi.
pentingkan diri betul la..buat anak pandai.kalau tak nak ada tanggungjawab dan komitmen buat apa kawen??melancap je la sampai tua.

manueng said...

kesiannye...ingatkan rm400/bulan... rm400/bulan utk 5 beranak pun dah kire sikit, ni kan pulak utk 6 bulan....gile ah~

Latifah said...

sedihnya...
RM400 untuk 6 bulan.
tak berbaloi sungguh untuk menyara 4 orang anak.
akak, kak ina tu tak cuba minta bantuan dari pihak zakat ke?