iklan

Followers

Pages

Wednesday 13 April 2011

Parasit di dalam diam

Masing-masing tak percaya dengan berita yang baru cikgu Nonie bawa. Masing-masing bertanya "betul ke cikgu?". Cikgu Nonie hanya berkata "saya pun terkejut sangat!". "Ceritalah cikgu!" Usul salah seorang murid.

Cikgu Nonie kata ada seorang murid perempuan tingkatan dua telah dipecat dari jawatan Pengawas Pusat Sumber (PSS) sekolah gara-gara mencuri. Satu persatu kes mencurinya terbongkar hanya kerana kesilapan murid itu menyuruh kawannya memasukkan data Pusat Sumber ke dalam CD.

Kawannya hairan bagaimana CD cikgu Nonie ada ditangan si suspek. Lalu untuk memastikan CD itu memang kepunyaan cikgu Nonie, kawannya yang aku namakan sebagai Ika menggesa cikgu Nonie supaya segera check sama ada CD yang dimaksudkan masih tersimpan atau tidak. Benarlah CD tu dah hilang dan bila Ika tunjukkan CD yang diberi suspek tadi kepada cikgu Nonie memanglah CDnya yang hilang itu.

Tersentak hati cikgu Nonie. Mana tidaknya dia tersentak kerana suspek itulah antara PSS yang dipercayai. Suspek pernah memenangi anugerah PSS terbaik sekolah atas jumlah jam kehadirannya yang tertinggi bagi tugasan sebagai PSS. Suspek tetap datang bertugas di Pusat Sumber walaupun pada hari sabtu. Begitu juga selepas waktu persekolahannya di sessi pagi. Dia akan bertugas di sebelah petangnya.

Cikgu Nonie terus menyelidik bila ada saksi lain yang ternampak dia mencuri barang di kelas. Rupa-rupanya suspek turut mengaku dialah yang pernah mencuri handphone cikgu Nonie suatu ketika dulu. Runtuh hati cikgu Nonie bila mendengar pengakuan suspek yang kelihatan selamba dan seperti tidak punya perasaan atas pelbagai kesalahannya. Sedih hati seorang cikgu bila salah seorang anak muridnya yang agak pendiam, kelihatan seperti budak yang baik-baik sahaja rupanya telah lama membuat kerja-kerja mencuri ini. Apatah lagi cikgu Nonie begitu mengenali kedua ibu bapa suspek.

Bila suspek telah ditemui akan timbullah suara-suara "patutlah kelmarin banyak barang-barang melukis hilang dalam kumpulan dia", "patutlah banyak je duit dia, padahal bukan anak orang kaya pun" dan segala macam 'patutttt laaaa...'. Terbongkar jugalah kisahnya yang juga pernah mencuri di zaman sekolah rendahnya dulu.

Suspek merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Agak pendiam tetapi ramah dengan kawan-kawan yang terdekat sahaja. Kelihatan baik saja orangnya. Cikgu Nonie dapat tahu dari kawan-kawannya dia tidak begitu menyukai adik-adiknya dan lebih suka berada di sekolah daripada berada di rumah. Tetapi dia tidak pernah menyatakan sebab-sebab dia tidak suka dengan adik-adiknya itu dan tidak betah berada di rumah.

Suspek memang seorang anak yang bijak. Sering mendapat A dalam hampir kesemua matapelajaran yang diambilnya di sekolah. Mendapat 5A dalam UPSR. Tahun depan bakal menduduki PMR.

Mungkin disebabkan dia tidak punya kawan yang ramai, maka dia tidaklah keluar berpeleseran di mana-mana akibat kebosanan berada di rumah. Dia dilingkungi oleh kawan-kawan yang baik-baik juga. Jadi agak sukar bagi orang lain untuk mempercayai bahawa dia punya sifat mencuri.

Cikgu Nonie pergi ke rumahnya untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa suspek. Agak mengejutkan bila suspek hanya berdiam diri dan tidak menangis sedikit pun bila si bapa yang malu dengan kelakuan anaknya itu memukulnya. Tidaklah sekuat mana tetapi secara umumnya seseorang anak perempuan boleh menangis mungkin bukan kerana sakitnya dipukul tetapi malunya dia dipukul oleh ayahnya di depan gurunya sendiri.

Kedua ibu dan bapa suspek bekerja dengan pendapatan yang sederhana. Tidaklah kaya dan tidak juga miskin. Mereka bertungkus-lumus bekerja mencari rezeki untuk membiayai keluarga dengan tujuh orang anak. Tentulah amat sedih bila anak sulung yang mereka harapkan melakukan kesalahan begini. Merayu-rayu si ibu agar anaknya tidak dibuang sekolah akibat kesalahannya yang begitu banyak. Si ibu sanggup membayar ganti rugi atas kehilangan barang-barang yang dicuri hingga hampir RM1,000 juga kosnya. RM1,000 mungkin tak banyak bagi orang yang berada, tetapi agak sakit bagi yang kurang berada.

Di manakah silapnya? Ibu dan bapa orang berugama yang sentiasa menjaga adab dan budi bahasa sesama insan. Tetapi mengapa aktiviti anak sulungnya tidak terkesan hingga bertahun-tahun lamanya. Aku takut dengan kisah begini kerana aku juga punya anak remaja hampir seusianya dan adik-adiknya yang juga semakin membesar.

Aku dapat merasakan suspek tidak ada komunikasi yang baik dengan kedua ibu bapanya. Seolah-olah dendam dilepaskan dengan membenci adik-adiknya juga. Adakah dia merasa terbeban dengan statusnya sebagai anak sulung? Adakala anak-anak tidak memahami kasih sayang yang kita berikan sebagai ibu bapa dan mungkin juga segala kepayahan kita sewaktu membesarkan mereka. Adakalanya kita juga sering terlepas pandang dengan masalah mereka.

Aku hampir menangis bila buat entry ini. Siapakah yang aku patut kasihankan? Si anak atau ibu bapanya?

Aku anak keempat dari lima orang adik beradik. Jarak umur aku dengan adik juga agak jauh, 8 tahun bezanya. Kelahirannya mengujakan tetapi lama-lama aku jadi benci bila mak sering pertahankan adik aku hingga aku pernah aku katakan pada mak "mak dah tak sayang orang, asyik manjakan Ainul je!". Itulah sekali aku pernah menyebutnya. Lepas tu aku terasa bersalah aje. Entah darjah berapa pun aku tak ingat. Tapi itulah adik aku satu-satunya yang sentiasa rapat dengan aku. Hari-hari chatting di facebook! Adik aku nan seorang inilah...klik SINI.

Aku mengharapkan agar si suspek akan berubah. Tak tahulah sama ada dia dibuang sekolah atau tidak gara-gara sikap buruknya yang suka mencuri. Sayangnya! Suspek ini sopan bahasanya, solat pun bagus dan teman-teman sayang juga dengannya. Masih ramai lagi yang mendengar berita ini umpama mimpi.

Berhati-hatilah bila berkawan, takut dia suspek utama nanti kita juga yang terbabit sama.

Cikgu Nonie : Dah! Dah! Lepas ni saya tak nak percaya dah kat sapa-sapa pun!
Murid-murid : Alaaa... jangan macam tu cikgu. Cikgu boleh percaya kat kami!

Murid-murid mengandaikan "Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga". Cikgu Nonie hanya bercanda dengan murid-muridnya dek kerana kecewanya dia dengan suspek.

11 comments:

PReDicToR said...

parasit?? pelajar skrg....

Axie04 said...

isk
yang sedihnyer
die semacam x rasa bersalah
sedih betul ngan anak2 skang

Hanis Azla said...

saya pun sebak membacaya.. terbayang klu2 itu anak kita.. tentu hancur luluh rasa hati.. (minta dijauhkan).. mmg tak tahu siapa yg harus dipersalahkan.. tp rasanya, kita kena lebih rapat dengan anak2 melebihi org lain.. jdnya bila ada yg tak kena, kita dulu yg boleh mengesannya..

Dr K said...

pengaruh rakan sekelas/sebaya main peranan jugak.

sebab mungkin parents tak mampu belikan, dan dia tgk kawan2 dia ada brg2 tu

Sofya said...

Sedihnya..
Maafkan saya sebab rasa simpati saya pada anak tu.. Rasanya dia sendiri tak minta jadi macam ni.. tentu ada sebab kenapa dia jadi begini.. dr kisah ni, seakan2 emosinya terganggu dan perlukan seseorang utk membantu meluruskan jalan hidupnya..

ummiross said...

Kesian pun ada baca N3, ni, harap dapat dibentuk kembali. jangan sampai hatinya jadi kering.

Luqman Zakaria said...

parasit kat mana mana~

Hani said...

sedihkan... :)

Hafizah Mohamad said...

kadang2 bila anak ramai ni ibu bapa terlepas pandang...bila dah jadi macam tu anak2 yang makan hati bila ibu bapa lebihkan adik2...hurmmm...x tau nak kata apa dah...

Dinas Aldi said...

akak tak pernah alami kes pelajar mencuri macam ni tapi selalu berdepan dgn pelajar yg kering ja muka dia menipu. kita ni percaya habis tapi rupanya..adoi rasa sangat sedih mula2 dulu tapi bila dah lama2, muka akak pun dah jadi selamba kering bila dengar alasan2 dema & tak mudah percaya lagi tapi takla sampai tak percaya semua pelajar lain.

msredcheesecake said...

hi liza,
dulu kalu baca citer camni, wat x tau je.bila da ade ank ni, runsing diwatnye...