iklan

Followers

Pages

Wednesday 15 June 2011

Angkut getah sekerap

Tadi kawan zaman sekolah rendah aku ada komen tentang entry Transfomer dari Jengka, Pahang di facebook. Dia tanya aku kenal ke transformer tu sapa punya? He..he..manalah aku kenal pun. Jiran depan rumah dia punya rupanya.

Kreatifkan kalau tengok transformasi yang dilakukan. Dia gunakan untuk mengangkut getah sekerap. Barang lama yang banyak gunanya bila pandai mengubahsuainya.

Inilah rupa getah sekerap... gambar aku ambil dari blog Relevan Sokmo

Zaman aku kecil dulu arwah ayah masukkan getah sekerap ke dalam beg guni plastik hingga agak padat. Kalau dapat hasilkan dalam dua guni tu kira lumayanlah hasil pada hari itu. Kemudian arwah ayah akan letakkan dibelakang motor dan diikat dengan kemas. Getah sekerap itu akan dihantar ke Pusat Memproses Getah di Jengka juga.

Terbayang bagaimana sukarnya arwah ayah mengangkat guni plastik yang dipadat dan berat di belakang motor. Itulah yang sering mak aku sebut-sebutkan tentang kesusahan arwah ayah dahulu. Terasa sedih bila teringatkan bagaimana susahnya arwah ayah dan mak mencari rezeki.

Alhamdulillah! Susah mak dan arwah ayah tidak berpanjangan hingga ke tua. Cuma mak terkilan kerana arwah ayah tidak dapat sama-sama terus menikmati gaji bulanan dari Felda yang mak terima sekarang walau pun tidak bekerja lansung. Macam duit pencen aje yang lebih dari cukup untuk mak jalani kehidupan sehari-harinya tanpa mengharapkan duit anak-anak. Malah mak boleh menabung lagi.

Entahlah! Aku pun rasa 'blur' bila ada yang kata Felda menindas peneroka. Aku anak Felda melihat kehidupan mak aku yang terjamin dihari tuanya kerana berhijrah ke Felda Jengka 16 bersama arwah ayah, aku, kakak dan abang pada tahun 1978 yang lalu. Dulu-dulu memang susah, sekarang tidak lagi. Bak kata mak aku, kalau mak dan arwah ayah masih tinggal di kampung dulu mungkin kehidupan mereka tidak akan senang seperti hari ini. Cucu-cucu mak aku paling gembira sebab dapat banyak duit bila musim raya daripada 'embah' mereka. 'Embah' tu nenek le. Gambar mula-mula pindah tahun 1978 kat SINI.

7 comments:

Anonymous said...

memori kan semua tu....

kindergartenlibrary said...

kenangan tu ~
=)

jeBateja said...

kalau sekarang kak...2 guni...rm600 dlm tangan ...ahakz

Dinas Aldi said...

alhamdulillah, rezeki tu.

Unknown said...

kecik2 dulu selalu kena ikut mak sedara pi kutip getah kat kebun..
memang tak best sebab banyak nyamuk..
heheh

ummiross said...

Alhamdulillah Liza, rezeki mak ayah kita ada keberkatan, walaupun tak seberapa pendapatan dulu2 masih dapat menanggung anak yang ramai hingga berjaya kan...

A.s.t.i.n.a said...

kenangan ketika kecil itu adalah yg paling indah..
saat kita gembira itu benar2 terasa di hati..
waima tidak mewah..
makan pun susah..

zaman kini makan mcm2 jenis haiwan sembeluhan.. shikeng shop, lambu stew, bipstik.. tp semua mcm takde nikmat..