iklan

Followers

Pages

Monday 27 June 2011

Bajet renovate ikut poket bukan ikut hati

Bila mula berpindah ke rumah baru, banyak perkara nak di buat terlintas di minda kita. Nak buat plaster siling, pasang awning depan rumah, tambah dan besarkan bahagian dapur, tukar kepada auto gate, pasang tile parking, tukar lantai rumah, pasang tinted tingkap rumah dan macam-macam lagi. Semuanya nak bagi rumah yang bakal diduduki cantik dan selesa.

Tapi jangan lupa, belanja ikut poket masing-masing. Jangan ikut sangat rentak jiran kita yang sememangnya bergaji besar berbanding kita. Buat yang mana perlu dulu.

Sebelum pindah dulu pun hubby cuma buat plaster siling dan repair lantai tingkat atas. Itu perkara utamalah yang dia nak buat. Kalau dah pindah masuk, macam mana nak buat semua tu. Lantai tu hubby upah orang polish lantai kayu parquet, repair mana-mana yang longgar dan sapukan semula varnis. Hasilnya lantai lebih cerah dan kayunya tak mudah tercabut.

Gambar google - Macam ni le rupa lantai tingkat atas rumah aku

Ramai juga jiran yang tukar lantai kepada jenis kayu dan corak yang lain mengikut citarasa masing-masing. Aku kalau nak tukar lantai jenis lain tak mampu le pulak. Jadi, polish dan varnis je la.

Ada tambah sikit dapur di belakang rumah setelah berpakat dengan jiran untuk sama-sama tambah dinding. Jimatlah sikit kosnya. Sepakat tu kan membawa berkat.

Setelah beberapa bulan tinggal di rumah baru ini sejak Julai 2007, barulah hubby ada bajet untuk pasang tile di ruang parking. Semua barang hubby beli sendiri dan kemudian upah pekerja Indonesia yang sememangnya berada di kawasan itu sedang menyiapkan beberapa projek rumah yang sedang naik. Sekarang semuanya dah siap, mereka pun dah berpindah ke tempat lain. Beli barang sendiri dan upah tanpa orang tengah memang agak murah. Yang penting kita kenal dan yakin mereka jujur bekerja. Takut juga kalau ada yang dah bagi duit tapi kerja tak siap.

Jiran aku pula, semalam baru siap tilenya di pasang. Bagi aku kalau rumahnya tanpa tile pun tak nampak cacatnya kerana kedua-dua suami isteri pandai mengadun suasana di luar rumah. Mereka cukup rajin menanam pokok bunga dan menyusun atur pasu dengan cantik. Perkara paling penting ialah mereka rajin menyiramnya, membaja dan menyapu daun-daun yang gugur. Selalunya si suaminyalah yang suka buat semua tu. Isterinya tak berapa larat kerana sedang sarat membawa baby ketiga dalam perut.

Tak pernah pun aku nampak mereka menyidai kain di depan rumah, bukan macam aku... pintu pagar pun selalu jadi mangsa ampai baju. Jadi depan rumahnya tu memang nampak kemas dan cantik. Dah ada tile ni lebih cantiklah ruang parkingnya.

Sempat juga aku curi ambil gambar pekerja yang sedang membasuh tangan di depan rumahnya. Cantik topinya tu, tapi kepala tetap panas. Kreatif dan selamba! Aku suka! Ini gambar hari Sabtu, belum habis pasang tile lagi. Kerjanya cepat dalam dua tiga hari je dah siap.

Aku gurau-gurau dengan jiran "Esok lusa kita pakat pasang auto gate pulak!". Insyallah, tunggu bajet cukup dulu. Sekarang hubby sedang berusaha kumpul bajet nak pasang awning di ruang parking dulu. Panas katanya... padahal aku tau yang dia risau keretanya yang panas! Hubby aku kalau pasal kereta memang concern habis! Ye la kan... nak beli kereta pun bukannya mudah, semuanya perlu usaha. Jangan beli tapi tak larat nak bayar pulak nanti. Bak kata Yeop, "bior pape ase bergaye" (Biar papa asal bergaya).

5 comments:

Sabihah said...

saya sokong...yang penting mesti didahulukan..yang pasti, perlu rancang dlm ape jua yang kita nak buat...hasilnye, hanya Allah yang lebih mengetahui..^_^

CHE ROSSLI said...

respect giler dekat mamat indon. very creative..

Unknown said...

umah saya tak de renovate apa2 pun kak..
beli gitu duduk pun gitu..
suami kata insyaallah..
ada rezeki lebih nanti
renovate la apa yang patut..
sekarang tak boleh lagi..

Ibu Muda 30series said...

wani baru duk berkira2 bajet nak buat grill dulu...

yang lain2 tu nanti2 lah. kalau ada rezeki, bermekap lah rumah ku nanti...hihi

So Shy Lady (SSL) said...

suka bc isu2 ttng renovation rmh ni ;)