iklan

Followers

Pages

Tuesday 7 June 2011

Bila anak sakit, ambil beratlah!


Arif yang banyak akalnya..

Tidurku tak lena malam tadi gara-gara baby Arif demam. Sekejap-sekejap dia merengek di tengah malam. Badannya pun suam-suam kuku. Kalau siang tu aku bagi ubat makan aje tapi dah tengah malam ni bagi ubat ikut punggungnya ajelah.

Dua hari lepas suhu badannya sekejap panas sikit dan bila diberi ubat maka panasnya reda. Kemudian suhu badannya naik semula. Panasnya tidaklah tinggi sangat, aku pun lupa nak ambil bacaan suhunya. Pun begitu Arif tetap aktif, cuma bila suhu naik sedikit ala-ala dedar orang kata ; dia akan merengek dan serba-serbi tak kena. Risau juga aku takut terkena jangkitan kuman.

Pagi semalam aku bawa dia ke klinik. Rupa-rupanya ada ulser di mulutnya dan tekaknya agak merah. Lagi pun ada satu lagi gigi depannya nak tumbuh. Sebab itulah dia tak nak makan. Doktor berikan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan ubat ulser.

Sepanjang malam dia minum air masak sebotol (dia tolak susu) dan pukul 7 pagi barulah minum sebotol susu. Itu pun kerap aku sapukan ubat ulser ke mulutnya. Kesian Arif, baru 2 tahun cuma mampu merengek dan memberitahu aku 'aww!' yang bermakna sakit.

Terkejut aku bila tengok lampinnya masih kering walaupun telah dipakai sejak malam tadi. Semasa nak mandi itu barulah dia kencing agak banyak. Kurang air nampaknya. Mulut dah sakit, nak makan pun tak selesa. Begitu juga terasa sakit bila diletak puting susu ke mulutnya. Bila dah kebas dengan ubat barulah OK sikit.

Pagi ini ada perubahan sikit. Arif dah selesa minum susu dua botol penuh dan makan sedikit mee goreng. Yang bagusnya dia tetap aktif bermain. Apa saja makanan yang ada akan aku cuba beri dia makan. Nyaris juga dia mahu makan bubur nasi malam tadi. Bukan apa, takut pula aku perutnya masuk angin dan cirit pula.

Pengalaman aku kalau nak menyapu ubat ulser pada baby memang agak sukar bila dia sudah pandai menolak. Apa yang aku buat, setiap kali dia nak menyusu akan aku sapukan ubat ulser tu di sekeliling puting susu atau puting kosong. Kalau tidak biasanya baby akan tolak semula botol susu tu kerana sakitnya mulut walaupun keinginannya memang nak menyusu.

Aku cuba beri dia minum air guna picagari atau sudu. Aku bagi aiskrim pun Arif tolak juga semalam. Lama-lama aiskrim habis pulun dek kakak-kakak dan abang-abangnya. Bila masalah ulser mulutnya pulih, Insyaallah demam dan meragamnya akan turut pulih.

Arif anak aku yang kelima, pun begitu masih juga aku terlepas pandang akan proses tumbuhnya gigi boleh juga buat baby demam. Kasihan Arif! Sebagai ibu aku perlu lebih peka terhadap responnya yang lain dari biasa. Sentiasa mendengar keluhan anak-anak tentang kesakitan mereka. Janganlah aku mengambil mudah bila anak-anak mula mengadu sakit perut, sakit mata, sakit kepala dan sebagainya. Perlu aku beri perhatian agar jangan menjadi lebih serius.

15 comments:

Unknown said...

huh...kalo anak demam mmg kita jd x keruan wor...

Student uniSZA said...

moge bby arif cpt sembuh , untung bby arif ada ibu yang caring cam akak ..

comellah baby arif nie :)

Hanis Azla said...

klu anak2 demam mmg tak tidur malam dibuatnya.. klu tidur pun mmg tak lena.. gilir2 jaga suhu dgn ayahnya.. anak2 saya pula mmg ada pengalaman kena sawan tarik tu.. jd saya mmg fobia sgt.. kena betul2 jaga..

Unknown said...

kalau sakit mulut memang susah sikit
sebab nak makan apa pun tak boleh...
demam saja tak pe,sekurang-kurang nya ada jugak nak minum susu..

Sal Saari said...

budak kecik demam tak sama mcm org tua demam, doctr cakap kena selalu lap badan mereka dgn tuala lembab untuk kurangkan panas tu..

Anonymous said...

arif anak bongsu ker?

-Sara- said...

hop arif cepat sembuh ye kak liza..

syaqir dulu pon penah kene ulser..penoh satu mulot..mmg merengek jela..nk mnum tp sakit..mmg sian sgt tgk die..

ummiross said...

Kesian Arif moga cepat sembuh..
Teringat masa anak2 ummi kecik dulu,memang tak tido kalau mereka demam kuat, bukan senang nak besarkan anak2 kan Liza...

Zura said...

semoga alif sembuh sepenuhnya...
amin...

umiawadah said...

saya sangat sensitif kalau anak-anak sakit,lagi2 yang kecil tak pandai berkata-kata..kadang2 menitis air mata bila dia asyik menangis kerana menahan sakit..hmm begitulah pengorbanan seorang ibu,,tak ternilai...mudah2an anak cepat sembuh.

MumMe said...

semoga baby arif cepat sembuh...

Puan Kutu said...

budak nie mmg kena selalu beri perhatian dan pantau sbb sng dapat sakit.antibodi bkn cam org dewasa kan..

Dinas Aldi said...

Kesian Arif..semoga keadaan dia bertambah baik ya. Take care..

shahjiehan said...

moga anak aka cepat sembuh


salam,shah dah masukkan link awak kat bloglist sjiehan.com...

jom baca dan komen Roti Krim HIGH-5 naik 10sen.

harap2 slalu la awak masuk blog shah ni


hehehe

en_me said...

siannyerrr.. uhuhu