iklan

Followers

Pages

Wednesday 29 June 2011

Bila si isteri tinggalkan suaminya!

Kesian Ben, kerana ditinggalkan isteri tercinta. Bukanlah lama mana pun, dua hari aje! Tapi rindu tetaplah rindu juga. Bila isteri tak ada barulah ingat nak diet. Kalau isteri ada, dah tentulah dimasaknya makanan yang sedap-sedap. Hajat nak jaga makan pun boleh terlupa. Tak pe lah Ben, sekejap je nak berseorangan kat rumah. Lain kali ambil cuti awal, ikut je isteri ke Sabah. Nasib ada blog jadi peneman kala sunyi.

Kiranya hubby aku lebih bertuahlah sebab selama kahwin aku tak pernah pun outstation. Maknanya tak pernahlah anak-anak aku tinggalkan dengannya. Kalau ada pun bila aku berkunjung ke rumah kakak aku di Subang Permai dan tidur sana tanpa hubby. Tapi anak-anak tetap aku bawa bersama.

Itu pun sibuk hubby call atau sms tanya "Bila mama nak balik!".. ha..ha.. manja ye!

Bagaimanalah agaknya kalau sekali-sekala aku pun macam sebahagian dari korang yang selalu outstation tinggalkan suami bersama anak-anak. Takkan hubby aku kalut kot. Memasak bukan masalah besar atau mengemas pun rajin juga. Mungkin pening dengan anak-anak yang kecoh agaknya terutama si kecil Arif yang manja tu. Sekarang ni Arif kalau tidur nak kena peluk, lepas tu dia gelak-gelak kat aku. Siap main-main lagi!

Aku pun rasa belum nak outstation walau atas urusan kerja. Masa kerja tetap dulu pun aku ada bagitau boss aku kalau boleh tak nak pergi mana-mana. Pilihlah mereka yang bujang. Nasib baik boss faham. Teringatkan anak-anak aku jadi risau dan kesian. Kalau boleh nak semua ahli keluarga ikut serta.

Biasa yang banyak berlaku adalah suami selalu outstation dengan meninggalkan si isteri menguruskan segalanya berseorangan. Larat atau tidak kenalah buat semuanya tanpa suami di sisi. Itu lebih baik daripada mereka yang suaminya pergi untuk selama-lamanya. Ada juga suaminya yang pergi belayar hingga berbulan-bulan lamanya. Kalau ada pembantu rumah mungkinlah senang sikit. Kalau aku yang anak lima orang masih bersekolah tanpa pembantu rumah ni kira redah ajelahkan. Kehidupan kena teruskan juga. Hubby pergi pun sebab kerja, terpaksalah akur.

Tak tahulah diri aku sendiri ni akan datang bagaimana pula. Bila anak-anak dah besar, bolehlah aku nak jalan-jalan sana sini. Sekali-sekala nak juga waktu santai untuk diri sendirikan. Itu pun kalau ada rezeki. Insyaallah! Bolehlah ambil peluang nak merasa naik kapal terbang! Jakun sungguh! Dah lewat 30-an pun tak pernah naik kapal terbang lagi. Hubby aku dah merata tempat pergi tapi semuanya atas urusan kerjalah. Nak pergi sendiri, bajetnya tak ada.

Hubby share gambar ni je dengan aku. Di awan biru dalam penerbangan menuju ke Korea.

9 comments:

Sabihah said...

saya pun tak penah tinggalkan cik hubby..tak tau laa mcmane kalo tinggal die dgn anak...ntah ape jd kat rumah tu..heheh

Hanis Azla said...

saya selalu rasa tak best klu kena outstation ataupun en.asben yg kena outstation.. mcm hari ni mmg dah sedih dah sbb en.asben nak ke singapore sampai sabtu.. hu..hu..

So Shy Lady (SSL) said...

dah tuntutan tugas mcm tu, kan nk buat camno...sabar je la. hb sy pun kna pantau projek kt kazakhtan jugak nanti...T_T sabar sabar

Zura said...

saya selalu tak dibenarkan outstation..kekeke...

Adam Aizad said...

sekali skala berjauhan penguat ikatan kasih..hehehe

Blog saya ademncats

Unknown said...

setuju dgn Adem and Cats.. :)

ummiross said...

ummi dulu selalu jugak kena kursus,lama pulak tu, kadang sedih sangat anak tengah menyusu..

anismelon said...

sy selalu kene tinggal ngn hubby..kene tinggal terus..ngggeee..

xde lah..sy xde pon hubby lgi..hehehe..

Unknown said...

saya tak de aoutstation..
suami pun tak de..
cuma ada masa2 nya dia ada team building baru la kami kena tinggal sehari dua..heheh..
tu pun tak habis2 tanya bila nak balik..
ekekek