iklan

Followers

Pages

Monday 20 June 2011

Kerja boleh dicari, anak-anak tiada ganti!

Di Laman Cempaka, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi
2003 - Amirul, Azri, Aishah, Asyikin

Kalau dah acuannya sama, hasilnya pun lebih kurang samalah juga. Maknanya perangai pun lebih kurang aje. Begitulah juga aku dan adik aku. Bila diminta memilih antara keluarga dan kerjaya, sama-sama kami memilih keluarga. Jawapan pada boss atas pilihan ini pun hampir sama saja maknanya.

Situasi adik aku lebih rumit kerana walaupun anaknya baru sahaja dua orang tetapi kekerapan admit di hospital lebih tinggi berbanding aku walaupun anak aku sudah pun lima orang. Cuma dua kali sahaja rasanya anak aku pernah ditahan di wad iaitu Asyikin dan Arif.

Arif dan Asyikin, Umur Arif baru 2 hari (30 Mei 2009)

Asyikin terpaksa admit di Hospital Ampang Putri semasa dia baru berusia 2 tahun 6 bulan (2003) kerana tulang sikunya retak akibat terjatuh dari meja komputer. Sukarnya keadaan masa tu kerana aku pula baru sahaja habis 44 hari berpantang selepas melahirkan anak keempat aku, Azri. Terpaksa hubby yang menemaninya di wad selama hampir 4 hari rasanya.

Jadi, bayangkanlah selama 4 hari itu aku terpaksa menghantar Aishah yang baru sahaja masuk darjah 1 dan Amirul,5 tahun pun baru saja mengenali alam tadika. Kejadian berlaku pertengahan Mac 2003. Aku kena perhatikan keadaan persekolahan yang baru bagi mereka tanpa hubby.
Setiap hari juga aku harus bergegas ke hospital untuk memberi ruang pada hubby mandi dan sebagainya.

Kereta pun cuma satu waktu itu dan nyaris juga guna gear auto, maka tak perlulah aku menekan clutch. Aku agak sensitif kalau bab pantang ni, kena jaga elok-elok hingga 90 ke 100 hari. Terpulang pada masing-masinglahkan.

Aku masih ada pembantu rumah masa tu, jadi tidaklah sukar sangat untuk aku keluar sekejap menghantar dan mengambil anak-anak. Urusan kerja rumah pun memang banyak dibantu oleh pembantu rumah aku. Pagi-pagi dia jugalah yang menyediakan air mandian aku dan Azri yang masih bayi. Tungku pun dibakar atas api dapur dan membalutnya seperti yang aku ajarkan padanya. Semua itu aku lakukan hingga 60 hari selepas bersalin.

Sehingga kini pun aku tak pernah putus hubungan dengan bekas pembantu rumah aku itu walaupun telah 7 tahun berlalu. Asyikinlah yang paling manja dengannya.

Arif pula pernah ditahan di wad selama 4 hari juga kerana selsema dan batuk yang teruk pada Mac 2010. Usianya baru 10 bulan. Kesian aku tengok tangannya disuntik supaya mudah nak masukkan ubat. Setiap 4 jam terpaksa diberi gas nebulizer. Tengah malam pun tidur terganggu untuk diberi suntikan ubat melalui tiub yang sedia ada ditangannya. Menangis sakanlah si Arif. Redha ajelah sebab nak sihat.

Arif di Hospital An-Nur (Mac 2010)

Paling kesian bila tiub halus dimasukkan melalui tekak untuk menyedut kahaknya. Satu situasi yang aku paling tak suka kerana Amirul pernah melaluinya semasa dia berusia 10 bulan juga di klinik Az-Zahrah. Cuma tidaklah sampai admit hospital.

Selama 4 hari itu akulah yang menjaga Arif di Hospital An-Nur Bandar baru Bangi. Hubby terpaksa uruskan empat orang lagi anak aku. Alhamdulillah kerana Aishah, Amirul dan Asyikin dah pandai sterika baju sendiri. Baju sekolah Azri sajalah yang perlu ayahnya uruskan. 7 tahun lalu Asyikin masuk wad, ini giliran Arif pula.

Nasib baiklah semasa Arif admit, aku dah pun bekerja dengan waktu kerja yang aku uruskan sendiri. Maka tak perlulah aku memohon cuti pada boss seperti dulu-dulu setiap kali anak aku sakit. Tak perlulah aku nak 'bergaduh' lagi dengan boss aku bila terlalu kerap ambil EL.

Boss aku pun serba salah juga masa tu tapi apa nak buat, dia pun terpaksalah redha aje bila aku cuti. Dialah yang terpaksa 'cover' kerja-kerja aku. Seperti adik aku juga, tugas aku tu aku sorang je yang buat. Tak ada pembantu dan tak ada anak buah bawah aku dalam carta organisasi.

Sekurang-kurangnya boss aku aje yang faham nak buat kerja tu sebab setiap cara, file semuanya aku beritahu boss aku. Masa aku nak resign dulu pun aku siapkan panduan mudah untuknya. Apa-apa hal call aku, janji belanja aku minum.. he..he..!

Lepas tu adalah mulut-mulut cemburu yang berbunyi. Maaflah! Seperti adik aku juga, aku tak sanggup nak pergi kerja dan tinggalkan anak aku pada pengasuh dalam keadaaan tak sihat. Kerja boleh dicari, anak-anak itulah paling berharga buat aku yang tiada gantinya.

Anak-anak adik aku ada asma. Perlu perhatian khusus. Bayangkan bagaimana berkali-kali dia dan anaknya melalui saat-saat sukar setiap kali admit. Aku yang merasa sekali Arif admit pun terasa tersiksa.

Bila terpaksa membuat pilihan, maka keluargalah jadi keutamaan aku. Syarikat pun tak nak lah rugi menggajikan orang yang kerap ambil cuti. Itu cuti yang terpaksa, kalau suka-suka mengelat nak cuti memanglah syarikat menyampah. Mungkin satu kerugian juga pada syarikat bila kehilangan seorang pekerja yang bagus macam adik aku... ha..ha.. macam promote pulak. Aku berkata jujur sebab memang dia begitu pun.

Biasanya semasa anak-anak masih kecil memanglah kekerapan sakit itu lebih tinggi. Bila dah masuk sekolah rendah, Insyaallah! Mereka dah mula kuat dan sihat. Jadi masa tu tak adalah asyik nak minta cuti aje. Atau minta cuti hal lain pulak?

Luahan rasa adik aku : Antara keluarga dan kerjaya

4 comments:

Dr K said...

Family comes first!

Itu pegangan saya juga..
Salah satu sebab saya quit kerja di hospital ialah kerana, saya rasakan masa utk keluarga/anak anak cukup terbatas andai saya bekerja di hospital

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : setuju. kalau single mungkin ok ambil pengalaman. ikut rasa masing2. bagi kita yg family adalah segalanya, inilah pilihan kita.

Unknown said...

tu la pengorbanan dan tanggungjawab kita..kan kak??
saya pulak alhamdulillah la maisara masa kecik susah nak demam..
setahun sekali je demam..
tak de la sampai kena tahan kat wad..
masa mengasuh anak orng dulu kerap la dia tak sihat..tapi cuma selsema je..
sekarang tak lagi..dah lama la tak batu ke demam ke...
alhamdulillah..

Zura said...

salam kak liza...
macam2 kan pengalaman dengan anak2...semoga mereka menghargai semua pengorbanan kira bila besar nanti...amin


pssstt..lawa header baru...