iklan

Followers

Pages

Tuesday 14 June 2011

Masak yang hubby suka! Ehemm..


Paceri terung

Semalam aku ada beli terung. Kalau dimasak macam dalam gambar ni memang mengikut citarasa hubby aku. Hubby aku kalau masak paceri nenas pun dia suka juga. Tapi aku lebih suka paceri terung. Gambar mengancam ni aku curi kat blog kak Hazila bersama resepinya.

Kalau korang masuk blog dia memang macam nak meleleh air liur je. Gambar-gambar masakannya mengalahkan jurugambar profesional sungguh. Cantik-cantik dan menggiurkan. Boleh le para ibu nak cuba masak mana-mana resepi untuk menambat hati suami tersayang.

Kalau Hanis Azla mahu dipujuk ala-ala Nora Elena oleh Seth Tan dalam 'Tiba-tiba feeling macam...'. Aku pula dapat gurauan manja dari hubby malam tadi gara-gara dia minta tolong urutkan kakinya tapi aku pula kalut dengan Arif yang sungguh cergas dan Azri yang tak berapa sihat.

Hubby : Mama tolonglah carikan calon untuk ayah! (Konon-konon nak tambah pembantu serba gunalah ni)
Aku : Mama ada je calonnya. Janda anak satu! (He..he...)
Hubby : Bolehlah nanti pinangkan!
Aku : Boleh! Tapi dia lagi tinggi dari ayah sebab dengan mama pun dia tinggi.
Hubby : Tak kisahlah tinggi pun.
Aku : Macam ni lah! Tiap-tiap bulan ayah bagi mama RM2,000 bersih! Boleh? Nanti mama pinanglah untuk ayah... he..he..
Hubby : Amboi mak! Banyaknya!
Aku : Ok apa? Ingat nak mintak RM5,000 je.

Anak-anak tolong gelak je mendengarkan gurauan aku dengan hubby tu.

Tengahari tadi aku mengajak hubby join makan di restoran Yus, Bangi selepas mengambil Aishah di SMKJ4, Bangi. Aku yang beriya-iya mengajak, maka akulah kena belanja.

Hubby : Sakitlah bulan ni banyak belanja. Kena balik dua-dua kampung pulak tu! (Kes terpaksa balik Perak sehari dan Pahang dua hari la ni!)
Aku : Mmmm... itu baru dua kampung, belum tiga kampung! Malam tadi ada hati nak tambah!

Ha..ha.. hubby aku sengih je! Aishah pulak ketawakan ayah dia. Korang rasa hubby aku saja test aku ke? Dia kenal hati budi aku... pandai-pandai le kan. Bersangka baik ajelah, itu adalah lebih afdal. Kepercayaan itu dijaga dan gurau-gurau membawa bahagia asal tidak berlebihan.

7 comments:

Hanis MY said...

ahaha comel je akak n hubby... lovey dovey...

siti norlaili yusof said...

hehe..suami laili pun suka pajeri. hari tu pun watkan untuk dia. selera makan berpinggan2..:)

mas saari said...

husband Mas suka pajeri nenas!
Mas suka dua2...hehehee

Unknown said...

orang lelaki memang suka pajeri gamaknye..
hehehh

Dinas Aldi said...

mak akak suka pajeri.

cik abang Liza melawak ja tuhh! betul, hendaklah bersangka baik.

Puan Kutu said...

sy pun lg suka terung dr nenas.emm bergurau kan menyerikan rumahtangga.jgn betul2 sudah!hehe

Muhammad Izuan said...

slalu sy mkn kuah je. x suka trung dan nenas. hehe