iklan

Followers

Pages

Thursday 9 June 2011

Parking betul-betullah bang!



Ini kisah lama sebenarnya. Aku park kereta di depan restoran Yus, Bandar Baru Bangi. Bila aku nak balik, ada van yang parking tak selari dengan kereta aku, jadi bahagian belakangnya seolah menghalang kereta aku untuk keluar dari parking.

Teringin aku nak tanya dengan pemandu van ni, "Abang! Dulu lesen kereta beli ke atau dapat secara sah?". Teringin je, tapi aku tak bertanya pun. Tak pasal-pasal bergaduh pulak. Tapi bengang jugalah! Anak aku Aishahlah yang jadi mangsa bebelan aku... he..he..!

Nasib juga di sebelah kiri aku tak ada kereta, jadi aku undur sikit saja dan keluar terus ke kiri. Kalau ada kereta sebelah kiri aku dah tentulah aku kena mencari pemandunya dalam restoran Yus tu dengan penuh sopan-santun.

Kalau ramai dalam retoran tu, kenalah ketuk pinggan dengan senduk untuk tarik perhatian dan buat pengumuman "Minta maaf ye! Van biru kuning siapa kat luar ni ye? Saya nak keluarkan kereta tak boleh la..!". Tapi semua tu tak berlaku kerana tiada kereta di sebelah kiri aku. Setakat Kelisa nak menyelit keluar... senang je! Hari-hari memandu sejak tahun 1994, agak brutal jugalah.

Aku harap kita tidaklah mengikut gelagat pemandu van ini yang parking sesuka hati aje dengan tak memikirkan keadaaan sekeliling. Dia pernah gagal bab parking dulu agaknya. 10 kali ujian baru lulus, itu pun tipis aje tepi garisan. Agaknyalah! Meh sini belajar dengan aku, ujian memandu lulus sekali buat je. Guna kereta Datsun 120Y yang handbrakenya kena tarik guna dua tangan pulak tu...zaman dulu!

17 comments:

solomolo said...

memang sakit hati bile kna macam ni...
kena yg double park lagi hangin...

Unknown said...

kak liza mai pindah sebelah umah saya la..
ajar saya memandu petang2..
hehehe..
saya ni penkut..
suami pun nyampah nak ajar..:)

jeBateja said...

wahhh kak....lama tul dah lesen nya...ambil lesen racing plak aaa....ahakz

Anonymous said...

kesian x pasal2..tp EE pernah pergi pesta n then keta kena block...about two hours jugak la tunggu org tu sampai....pansa jer sbb x tau ker mcm org nak keluar t...x guna otak btol la...

p/s:dah lain sikit susun atur widgets...cantik n kemas...

Anonymous said...

agaknya pakcik tu terkejar-kejar cari bilik air kot. huhu

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

Gitulah sebahagian org negara kita...masih mengekalkan undang2 rimba...fikir senang diri sendiri...org lain, lantaklah...

Dinas Aldi said...

memang buta peruuuttt! bengang dgn driver camni.

akak belajar driving tahun 1990 dulu, keta apa tak ingat tapi bila start enjin, 1 keta bergegar2, kahkahkah!

Zura said...

patut hon je kak... biau dia terkejut...kalau x len kali mesti dia buat lagi,

mas saari said...

pernah gak kena camni!!
sangat2 tak suka....rasa nak langgar je kereta yg halang tu!

HAFIZAL said...

memang menyusahkan jer..org parking sesuka ati nie...

ayanuts said...

mmg sakit hati kalo tgk org parking mcm tu

ir yien 9897 said...

wah ..tu lah kak, g mkan x ajak yien dh dekat sngt ngn umh yien tue.. hehehe, akk HONT jer lama2 biar dia malu..hahah

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

naseb bek kat sebelah tue x de keretakan? hangin je dpt org yg x reti parking betul² nie kan?

Siti Hajar Masri said...

itu nmnya pentingkan diri sendiri..

Unknown said...

rasa nak langgar je kan kete park mcm tuh...tapi kang kete kita pun turut kemek lak...

Liza @ Adzriel AB said...

solomolo : dia lupa dah ambil hak org lain tu.

diana : siapa yg nak belajar le kena datang kat cikgu..ha..ha..

jeBateja : mmg teringin jugak nak try racing. tempat yg legal lahh..

Eyrique Ettiqazz : 2 jam.. lamanya. susun atur dah comel ekk? sejuk hati bila EE kata camtu.

Q : tentu dah tak tahan sangatkan.

Tokan : bila dirinya terkena tau pula marah ye!

Dinas Aldi : awalnya lesen kak dinas. betul2 lepas SPM ye!

Cik Puan Zura : tak pe... boleh agak tuan dia kat mana, dekat aje dlm restoran tu. tak nak gaduh2.

mas saari : rasa aje tak pe mas.. jgn langar tau.. he..he..

HAFIZAL : kalau parking bapak dia pun mesti bapak dia marah, inikan tempat umum.

ayanuts : sakit hati simpan dlm hati akak ni je dik.

ir yien 9897 : yien tak roger no hp pun...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. : org lain salah parking pandai lak dia nak saman.. cuba tengok van apa tu.

Siti Hajar Masri : sanagt betul tu hajar

Papa Mifz : adoiii... sayang kereta sendiri tau.

Sofya said...

mmg tension camni..
main sondol ja..
nasib leh keluar kalau tak...
kdg2 xlarat bagi hon dah, dia tu wat dek ja tak mai2 pun...