iklan

Followers

Pages

Thursday, 2 June 2011

Pelayan restoran yang berangan

Ini kali keempat aku pergi makan di restoran berdekatan rumah aku ni.

- Kali pertama pergi makan malam semasa aku baru berpindah sekitar tahun 2007 dengan hubby dan anak-anak.

- Kali kedua dalam tahun ini juga dengan kawan aku tetapi tak jadi sarapan di situ kerana orang ramai sangat dan tiada tempat duduk.

- Kali ketiga aku datang kelihatan restorannya dah cantik diubahsuai. Anak aku pun suka makan nasi lemaknya yang sedap, begitu juga sambalnya. Cuma ikan bilisnya liat le pulak. Harga pun berpatutan dengan imej barunya. Order semuanya ada rekod dalam komputer. Ada dua komputer di kaunter bayar dan di bahagian luar kaunter juga. Alhamdulillah! Dah maju nampaknya.

- Kali keempat aku datang untuk bersarapan juga. Lama aku duduk di meja yang masih ada sisa pinggan dan gelas pelanggan sebelumnya. Tiada siapa yang datang membersihkannya walau jenuh sudah aku melambaikan tangan. Padahal si pelayan nampak saja aku masuk situ tadi.

Hinggalah si penebar roti canai memanggil si pelayan, barulah dia datang mengutip segala pinggan dan gelas dan terus dihantarnya ke dapur. Aku menunggu lagi kalau si pelayan datang semuala untuk ambil order. Silap rupanya jangkaan aku. Dia hantar order orang dulu rupanya. Sekejap masuk ke dapur. Ok takpe, aku sabar lagi.

Si pelayan ini buat aku tak sabar bila dia berdiri dekat kaunter bayar tanpa berbuat apa-apa. Terlupa agaknya tentang aku. Jenuh aku memanggilnya. Si penebar roti canai panggil dia pun macam pekak badak aje. Riuh dalam kedai buat dia tak dengar agaknya.

Kalau si pelayan ni main game restoran kat komputer memang sah kalah sebab pelanggan marah tak ambil order, tak cuci meja... statement macam biasa main je ye!

Mmmm... cari pasal nampaknya. Aku bangun dan pergi ke si penebar roti canai dan berkata dengan tenang "Diaorang ni tak reti ambil order ke bang? Tak pe lah, saya nak balik dah!". Aku terus keluar dari kedai dan start enjin kereta. Masa tu aku berdua saja dengan anak aku siAsyikin, 11.

Aku pergi ke restoran yang biasa aku order melalui SMS bila malas nak memasak. Kadang-kadang aku SMS juga walau pun nak makan kat kedai. Senang! Sampai-sampai semuanya dah siap masak. Kalau tidak lama jugalah menunggu. Restoran dekat-dekat situ juga.

Terserempak pula dengan kawan aku. Dia bertanya "Kenapa tak makan kat kedai hujung tu?". Lalu aku ceritakan kisah si pelayan tak ambil order tadi. "Oooo... dah pergi! Gitu al-kisahnya! Owner dia kawan akak! Nanti akak bagitau dia! Kalau dia tahu mesti marah nanti!" balas kawan aku.

Kalau aku jenis yang nak merosakkan perniagaan orang, memang aku berlalu dengan diam aje. Tapi aku nak depa tahu apa kelemahan yang memang tak patut lansung dilakukan, maka sebab itu aku sampaikan pesanan melalui si penebar roti canai. Moga kelemahan itu dapat mereka atasi kerana adakalanya seorang pelanggan yang tidak berpuas hati akan menjaja kisah kelemahan ini pada orang lain.

Rugi sangat rasanya kerana masakannya sedap-sedap tetapi perkhidmatannya lambat. Sebab itulah aku susah nak singgah di restoran itu selepas tahun 2007 hingga 2011 baru nak jengah-jengah semula kerana kawan-kawan kata sedap. Bagi aku kalau lambat mungkin bolehlah nak bertolak ansur sikit, tapi kes tadi memang buat aku geram. Hampir 20 minit menunggu tanpa buat apa-apa order!

11 comments:

yanamib said...

sy pernah buka pose kt satu resoren ni..ms tu gi dgn membe2..agak ramai gak la..sbb xpuas hati dgn service dorg, kitorg panggil je nk jmpe manager..ms tu owner xde..so chef yg trn padang jmpe kitorg..apa lagi..kena sembur la chef tu..naseb dia x melantun and bgtau akn cuba improve service dorg..tp sejak dr tu mmg kena banned lah restoren tu..xmo dh pi mkn kt sana..haha~ =)

Puan Kutu said...

panas jugak dengar kisah akk nie,lg2 klu perut tgh panas,hehe...kadang2 perkara camtu wat kita taubat nak p restoren tu lg.kesian owner..

Hanis Azla said...

klu saya pun angin kak.. bagus juga klu kwn akak tu adukan pada owner dia.. kdg2 owner tak perasan sikap pekerja mereka yg boleh menjatuhkan restoran milik mereka..

Kak Amy said...

As'salam..

Sr datang dari blog abang Ben, singgah sini dan follow , salam kenal ye ! ada masa jemput ke SR.

fyna ahmad said...

huhu...pyh gak klu ade yg niaga mcm nih...

jeBateja said...

ini mesti kedai kat coner lot tu kan kak....ahakz....ahakz.....lombab tahap gaban buang air besaq...ahakz

Liza @ Adzriel AB said...

jeBateja : ya betulll..

LUNA LANUN said...

kalau abang sy, duduk 2 minit, klu xder org dtg amik order, blah terus je lah jawabnya...

Saya datang, saya baca, saya follow...
Entri terbaru:
Halalkah Secret Recipe?!

Anonymous said...

selalu kena mcm ni...ade pegi satu kedai rasa malu gila sbb dia salah kira,time tu la plak bawak duit x cukupp...tp kisah sebaliknya dia yg silap kira...lagi tambah geram,bkn slh kita...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

mana tokenya
kena ambil tahu anak buah
nanti rosak perniagaan sendiri

Wassalam

Zura said...

nk kerja tapi malas...last2 customer lari..kesian pada owner la kan..pekerja mcm ni, tau nak gaji buta jer...