iklan

Followers

Pages

Sunday 12 June 2011

Tahniah kerana kejayaan menjadi milikmu!

Tahniah pada pasukan Terengganu yang telah menjadi juara dalam piala FA malam tadi. Sakanlah kegembiraan mereka setelah 11 tahun ketandusan piala idaman ini. Menang 2-1 dengan negeri jirannya, Kelantan.

Permainan berlansung di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Semalam memang jem gilalah jalan nak menuju ke stadium seperti yang aku ceritakan dalam entry INI.

Salah satu gol kemenangan katanya hasil tandukan pemain Kelantan sendiri iaitu Mohd Daudsu Jamaluddin. Bila aku tengok youtube ni kelihatan dia berusaha nak tanduk bola tu keluar, tapi tak sengaja tersasar dan termasuk gol pulak. Semuanya cemas, macam-macam boleh terjadi. Aku harap peminat-peminatnya tidaklah mengutuk dia sangat. Itu pun dah jadi pengajaran buat dia sendiri sampai tua. Maunya menangis dan kesal tak sudah tu.

Adat bermain ada kalah dan menang dan setiap kelemahan dan kesilapan akan terus cuba diperbaiki. Samalah juga dengan kehidupan kita seharian, haruslah juga berusaha belajar dan terus belajar untuk menjadi lebih baik.


4 comments:

Guru said...

kaki bola juga rupanya liza ni ya

Liza @ Adzriel AB said...

a kl citizen : ishh... idok le. tengok masa depa mula main je.

Anonymous said...

Tahniah, kita tak tgk pon

ummiross said...

Ummi pun tengok sebahagian je, kebetulan masa gol kedua...