iklan

Followers

Pages

Wednesday 6 July 2011

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Minggu ni aku agak sibuk dengan urusan anak-anak dan menyebabkan tak sempat nak up-date blog. Semalam pun hubby cuti, jadi aku memang malas nak hadap blog bila dia kat rumah. Tak best! Arif pula semakin manja tak mahu dihantar ke rumah pengasuh. Jadi semalam aku melayan sajalah dia di rumah.

Kalut juga bila semuanya ada di rumah di siang hari. Selalu tu aku melayan diri sendiri di sebelah pagi dengan kerja-kerja rumah dulu. Kemudian barulah hal-hal yang lain. Tetapi semalam semuanya hal rumah dan anak-anak sahaja.

Sempat juga aku berbual dengan seorang kenalan lama semasa breakfast berdua dengan Arif di kedai makan. Kebetulan pula terserempak di situ.

Kelihatan perubahan agak ketara pada wajahnya yang semakin kusam dan kulit agak semakin gelap. Rupanya dia sibuk membawa van sekolah di kawasan perumahan aku ini juga. Asyik berjemur saja, itu yang makin gelap agaknya.

Aku dapat rasakan keletihan di wajahnya.

Anaknya ada lapan orang rupanya yang masih bersekolah semuanya. Paling kecil pun baru 5 tahun. Apa agaknya yang korang bayangkan? Dia tinggal di flat berhampiran.

Memang letih! Membawa van sekolah ke sana-sini, nak membasuh kain yang banyak lagi, memasak makan tengahari untuk anak-anak dan segala macam kerja rumah yang ada. Tiada masa rehat yang terluang, asyik terkejar ke sana-sini. Rehat masa tidur sajalah. Terasa betapa pemalasnya aku.

Di manakah tenaganya itu datang hingga mampu buat segala macam kerja? Semuanya kerana dia hendak buat tanpa sebarang alasan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Aduh! Akulah tu!....

9 comments:

Unknown said...

Whoa! Ni name nye SuperMom kak. Haha :p Exhausting, tapi mesti rase puas kan kak, dpt bwt semua tu utk suami dan anak2 :)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Subhanallah
moga Allah permudahkan urussan ibu itu

Wassalam

FadhDeela said...

ciannyer..kadang2 kita merungut kata kita ssh tp ada org yg lagi ssh dari kita..:)

Unknown said...

8??
aduhai...
ni pendapat saya la ye kak..tapi saya tau ramai yang tak kan setuju dengan pendapat saya ni..
saya pelik dengan orang yang susah tapi anak nak ramai.memang la untuk masa depan tapi bila terlalu ramai kita tak sedar kadang2 akan terabai satu dua perkara yang sepatutnya kita bagi perhatian..
contohnya kesihatan.
tak kan la sebab nak masa depan yang baik kita kena beranak banyak2 dan kerja separuh mati.
sangt saya tak setuju dengan prinsip yang macam ni.

Ct Aja said...

besarnye pengorbanan seorang ibu...

Sofya said...

tabahnya akak tu... tapi mana laki dia?

Muhammad Izuan said...

tak paham dgn org beranak lapan. sorry to say, selalunya keluarga yg taraf hidup agak rendah mempunyai anak yg ramai. bila dah ramai, mulalah mengeluh. anak2 pulak, kalau mahu belajar rajin2 takpe jugak...

Irfa said...

kagumnya ngan dia..buat masa sekarang tak terfikir nak tambah ahli keluarga lagi.saya pun bukan penyabar sgt :)

betul tu..sikit tp berkat

is150 said...

anak, punca rezeki.... apa yang kita ada sekarang bukan milik kita, tapi anak (nasihat bos saya)