iklan

Followers

Pages

Friday, 1 July 2011

Keputusan peperiksaan merosot, ibu bapa yang risau!

Semalam aku ke sekolah anak sulung aku, si Aishah untuk ambil keputusan peperiksaannya Mei lalu. Merosot nampaknya! Ada yang kena amaran keras ni. Nak ugut tarik balik laptop, tentu gelabah si Aishah tu nanti. Korang rasa aku buat tak?

Tak pe! Aku biarkan ayah dia yang uruskan. Aishah ni kalau ayah dia yang beri 'kaunseling', dia tak berapa nak tahan sebab hubby aku ni kalau dah membebel punyalah panjang. Mengalahkan perempuan!

Aku pulak memanglah garang tapi leter aku pendek aje. Dia kata tak suka akaun dalam subjek Kemahiran Hidup dan Geografi. Kalau akaun tu mungkinlah aku boleh tolong tapi memang agak keliru jika tak selalu buat latihan.

Aku dulu pun belajar Perdagangan semasa tingkatan 1 hingga 3. Nak kena rajin analisis biar faham. Bila faham, soalan apa pun boleh jawap. Lebih kurang macam Add Maths juga yang cuma tukar nombor je! Tapi aku lebih suka Add Maths daripada Perdagangan.

Kalau Geografi tu aku pun lemah. Masa SPM dulu pun cukup-cukup kredit aje! Menangis jugalah sebab tak sangka dapat kredit sebab selama ni tak pernah lulus pun Geografi. Mungkin masa nak SPM tu aku study lebih sikit agaknya.

Memang marah juga dengan Aishah sebab dia cuma perlu jawap soalan objektif untuk Geografi. Kakak akulah yang dulu sentiasa score Geografi, 'lekat celah gigi je!' katanya! Senang sangat le bagi dia.

Risau juga aku sebab percubaan PMR pada bulan Ogos nanti rasanya dan PMR sebenar pada Oktober. Aku pun bukan suka nak desak-desak sangat sebab aku sendiri pun pantang dengar orang berleter ni. Boleh jatuh mood aku nak belajar, tapi mak ayah mana yang tak risau.

Cuma apa yang aku boleh kata pada Aishah :

1 - "Kalau kakak rasa nak stay lagi di sekolah ni, kenalah pastikan sekurang-kurangnya dapat 6A. Kalau tidak mungkinlah terpaksa pindah sekolah."

Dia bersekolah di SMKJ4, Bangi iaitu sebuah sekolah bestari dan berprestasi tinggi. Jadi, demand pun tinggi juga dari pihak sekolah. Dia suka bersekolah di situ sebab ramai juga kawan-kawan lama sejak sekolah rendah lagi. Kemudahan pun lengkap untuk sebuah sekolah yang terpilih menjadi perhatian pihak kerajaan.

2 - "Kena tunjuklah dengan mama dan ayah bahawa cara belajar kakak ni efektif!" sebab dia tak berapa suka pergi tuisyen swasta.

Dia hanya pergi tuisyen yang dianjurkan oleh pihak guru sekolah hampir tiga kali seminggu. Kadang-kadang ada juga pada hari Sabtu. Jadi aku pun tak mahu memenatkan sangat dengan tuisyen malam yang biasanya habis sampai 10.00 malam.

Homework memang banyak, takut tak terkejar tenaga dan minda nak menyiapkannya. Manja betul!

Aku dulu teruk juga bangun seawal 5.00 pagi nak ke sekolah. Pukul 2.00 petang baru balik dan memang berlari juga nak lunch, mandi dan solat. Kemudian terpaksa tuisyen petang atau malam. Itu semua kenangan semasa tinggal di Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak, Kuantan.

Lagi satu dia belajar dengan laptop depan mata tengah pasang lagu-lagu yang dia suka. Masa tak ada laptop dulu-dulu, suka benar buat homework depan TV. Betul-betul ikut perangai Mak Cudia. Masuk universiti juga Mak Cu dia..he..he.. Style aku pulak belajar sambil dengar walkman.

Balik sekolah aje memang masuk bilik terus ON laptop. Banyak juga folio sekolah yang disiapkan hasil rujukan dia dapat dari internet. Aku selalu juga pantau segala 'history' dalam laptop tu. Dia pun tak berani nak 'delete' sebab Insyaallah aku boleh kesan dengan mengambil kira masa dan tarikh.

Password email yahoo dan gmailnya pun aku tahu. Begitu juga dengan password facebook. Memang cari sebab nak kena marahlah kalau tukar password. Tiada istilah privacy untuk anak-anak dalam dunia maya ni.

So, Aishah kenalah bersaing dengan kakak sepupunya dan Mak Ngah. Mak Ngah dah buktikan dapat result yang excellent dalam exam MBAnya baru-baru ini, tinggal anaknya iaitu kakak sepupu Aishah bakal menduduki SPM tahun ini.

SPM lebih penting, usaha berganda hingga setiap hujung minggu dia pergi tuisyen. Abangnya dah pun berjaya masuk UNITEN di Bandar Muadzam Shah, Pahang tahun ini.

Alhamdulillah! Kelmarin pun Aishah dah dapat jumpa dan bergambar dengan Siti Nurhaliza. Harap adalah lebih semangat nak belajar.. ha..ha.. tak relevan betul!

5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

tarik balik laptop!!
hehehe

Cik Tim said...

yg penting akk pantau dia stdy ke x.. then tny mne/topik yg xphm, suh dia bykkn latihan topikal, then jwb past year questions.. insyaallah, betul caranya, dapat dia capai kputasan yg bgus! :)

ummiross said...

hehe memang yang bawah tu tak relevan, tapi mana tau kan, penyuntik semangat...

Hanis Azla said...

Han pun merosot kak.. periksa baru ni dpt 2A aje.. dahlah nak UPSR tahun ni.. yg frust tu, BM dia dulu highest kat sekolah boleh dapat B pula.. aduhai.. bayak main, itulah jadinya.. dia relax aje.. tapi mama dialah yg risau sgt..

Eye_nee said...

Anak akk yg no 2 tu pon sama juga..merosot abis...ada juga niat nak tarik balik lappy tu...warning dah mmg betul2 keras akk bg kali ni...