iklan

Followers

Pages

Friday 8 July 2011

Tetamu menanti tuan rumah! Terbalik sudah!

Kejadian berlaku di Kajang yang menjadi perhatian aku. Berita tentang seorang wanita di perkosa selepas balik kerja. Malangnya!

Wanita itu mungkin bekerja syif malam kerana baru balik dari kerja pukul 4.30 pagi. Mungkin penceroboh dah sedia ada dalam rumah sebab dia di serang dari belakang selepas tutup pintu rumah. Menakutkan aje bila ada tetamu tak diundang masuk rumah dulu daripada tuan rumah.

Seolah-olah penceroboh seperti dah rancang lama pergerakan wanita itu dan bersiap sedia nak 'menyerang'. Bahaya sungguh! Nyaris juga tak dibunuhnya wanita itu.

Macam-macam jenayah sekarang ni. Duduk rumah sendiri pun dah tak selamat lagi walau pun dah siap berpagar dan berkunci. Amannya semasa duduk di kampung dulu. Bukannya ada pagar pun keliling rumah. Kadang-kadang ada yang selamba tertidur di ruang tamu dengan pintu rumah depan terbuka. Pintu belakang pula selalu memberi ruang kucing masuk nak curi lauk.

Apa yang boleh nak kata lagi? Berhati-hatilah!

Berita aku baca kat Harian Metro : Diperkosa penceroboh

4 comments:

bicara mak dara said...

mak aiii seramnya.. dalam rumah sendiri pun tak selamat sekarang ni...

Anamarza said...

kampung pun sekarang dah tak selamat cam dulu dah...

umiawadah said...

kena sentiasa berteman kalau macam ni...tapi tak tentu lagi selamat...bacalah ayat Qursi setiap waktu...

Ibu Muda 30series said...

haishh...mesia tak selamat dah!