iklan

Followers

Pages

Monday 11 July 2011

Toyota Vios yang menggoda aku!

Aku tengok iklan kereta Toyota VIOS yang dah berhari-hari berlegar di Nuffnang dan Churp-Churp ni cukup menggoda aku. Bagaikan tahu bulan Jun sudah pun lepas! Bermakna target aku nak mendapatkan sebiji Toyota VIOS masih belum tercapai. Deposit tak cukup lagi... kerja malas! Mana nak cukup! Padan muka aku!

Dah lama aku sukakan Toyota VIOS. Hanya sejak Honda City model baru keluar, barulah cinta aku hampir beralih arah daripada Toyota VIOS. Tapi bila melihatkan harga Toyota VIOS lebih murah daripada Honda City, pandangan aku pusing semula kepada Toyota VIOS juga.

Lagi pun teknologi enjin Toyota lebih bagus! Itu pengaruh daripada penasihat tetap aku pasal kereta. Apa pun design Honda City sekarang ni memang cantik. VIOS pun cantik!


Paling dekat dengan lokasi aku untuk Toyota Roadshow ada di Putrajaya hingga 17 Julai ni. Korang boleh check kat SINI untuk tengok mana-mana lokasi Toyota Roadshow lain yang berdekatan dengan rumah korang.

Setakat ni aku pernah memandu Toyota Altis je, itu pun kawan punya. Memang pemanduan yang tenang dan selesa. Duitnya pulak tak selesa dengan poket aku. fokus aku tertumpu pada Toyota VIOS je.

Angan-angan nak model 1.5 TRD Sportivo (AT) baru nampak sporty. Amboi! Perasan muda pulak! Lupa diri anak dah lima dan perempuan pulak tu! Angan-angan aje tu. Kalau korang baca specnya di SINI, kelebihan model ni banyak aksesori yang lebih cantik dan bergaya berbanding model 1.5G limited atau biasa.

Hubby pun kata "Tak payahlah mama! Yang biasa-biasa dah la...". Ambil model gear auto yang biasa dah le, walau pun aku suka gear manual sebenarnya. Minyak lebih jimat dan lebih pick-up.

Tapi bila teringatkan anak-anak, rasanya gear auto lagi ok. Kerenah anak-anak dalam kereta pun macam-macam, boleh terganggu juga masa memandu. Alasan! 8 tahun pakai kereta manual Kelisa tu boleh handle je masalah... he..he..

Iklannya yang baru pun dah keluar di TV ; sangat menggoda aku. Promosi lebih kepada model 1.5 TRD Sportivo (AT) dan 1.5G Limited. Pandangan peribadi aku memang design yang memenuhi citarasa aku.

Hubby pun setuju je kalau dengan Toyota ni. Memanglah dia setuju sebab bukan mintak duit dia pun... Setuju di mulut je! He..he..! Aku bukan bini orang kaya, mau kereta bayaran tanggung sendiri! Bertuah ye korang yang hubby belikan kereta!

Wah! Ada contest 'VIOS CHOSEN ONE'! Aku nak join, tapi aku nak ajak hubby pergi Putrajaya dulu. Siapa nak join boleh klik SINI dan search menu 'VIOS CHOSEN ONE'. Hadiah menarik menanti anda!


I love you Arif!
Moga angan-angan aku menjadi kenyataan...Amin!!

8 comments:

pena rozie said...

PR pun minat gak. Tapi...dan tapi.... Kereta dah murah. Sayang lak nak melabur duit kat bank.

bicara mak dara said...

yang kaler merah tu cunnnn kak liza... good luck ye dalam contest tu =)

jeBateja said...

Pehhhh...kak...den kalau berduit...nak gak beli VIOS tu....hensem oooo...sesuai dgn den yg maskulin ni......ahakz

Lydia Miza said...

hehehe...dah tergoda ye sis?beli2 jgn tak beli.toyota adalah yg terbaik,best dan lembut je.selesa pki utuk perjalanan jauh.tak sakit badan.saya sangat setia dgn jenama toyota ni dah hampir 9 tahun.

Sunah Sakura said...

comeynyeeee budak kecik tu.. tu kene wat ayat sendiri dalam kotak dialog tu ye?

Niena Muhammad said...

bila la nk dpt toyota vios ni sebijik.. xde ke org nk sedekah ^^

tim_fs said...

Insyaallah kak liza,kereta idaman akak akan menjadi milik akak nanti..

ummiross said...

segaknya budak tecik tu...