iklan

Followers

Pages

Monday 18 April 2011

Tak semena-mena meleleh air mata aku

Pagi sabtu kakak aku dah mula mengajak aku dan yang lain-lain mula bergotong royong kat depan rumah. Ada tiga beradik yang belum sampai lagi iaitu adik aku dan dua abang aku. Si kecilArif pun nak menolong sama.
Sempat Arif posing di atas jalan depan rumah

Teringat pulak aku zaman aku kecik-kecik dulu. Memang dah biasa menyapu daun-daun pokok mempelam yang gugur memenuhi halaman rumah. Dulu-dulu pakai penyapu lidi aje. Sekarang ada pencakar yang besar tu kira senanglah sikit. Tapi ada juga bahagian-bahagiannya yang aku lebih suka guna penyapu lidi aje.

Banyak rumput-rumput halus yang perlu dicabut juga. Kita bagi anak-anaklah buat yang mudah-mudah begini. Anak-anak aku mana ada buat semua ni selalu. Baru sekejap dah "penatlah mama!". Macam-macamlah korang ni.


Mak tugaskan hubby aku start motor ayah yang dah sekian lama terperap dalam stor. Nasib baik berjaya tapi starternya dah tak ok. Hubby terpaksa hidupkan enjin motor cara lama, guna kaki le.


Sedang aku leka menyapu sampah dan sambil-sambil mencabut rumput tak diundang di celah-celah pasu bunga, jiran kami yang tinggal di depan rumah datang menghampiri aku. Menghulurkan not RM100 kat aku. "Eh! Besar rezeki mak cik Tiah bagi ni!". "Alaa..bagi kat mak! Ada hutang kemarin!". "Ooo... berapa?" aku tanya dia. "RM30!". He..he.. aku ingat RM100 tadi. Lansung aku minta baki RM70 dari hubby.

Mak cik Tiah memberitahu khabar buruk. Katanya Ustaz Harun, salah seorang imam di Jengka 16 kemalangan dengan motosikalnya dilanggar belakang semasa balik dari ladang. Dalam hati berkata "kesiannya Ustaz Harun". Katanya dah dihantar ke Hospital Bandar Pusat Jengka. Tak pasti pula bagaimana keadaannya.

Mak aku kata pagi tu Ustaz Harun ada lalu di depa rumah aku semasa mak sedang membeli nasi lemak dan kuih untuk sarapan kami dengan peniaga yang lalu di depan rumah. Gigih betul pakcik tu berniaga sejak aku di sekolah rendah lagi. Anaknya pun ada yang sebaya aku. Dulu-dulu selalu aku membeli ikan dan sayur dari dia bila mak tak ada di rumah. Itu kisah kecik-kecik dulu.

Cadangnya petang nanti nak pergi melawat Ustaz Harun di hospital. Tak sampai setengah jam berita kemalangannya tiba-tiba terdengar suara bergetar memberi salam dari masjid yang agak dekat juga dari rumah aku. Kalau berjalan kaki tu 8 minit pun dah boleh sampai. Aku kenal sangat suara tu kerana itulah suara Ustaz Ahmad yang pernah mengajar aku semasa di sekolah rendah agama di Jengka yang merupa ayah pada kawan sebaya aku juga.

Mendengar suaranya yang bergetar saja sudah membuat hati aku gundah. Terasa seakan ada berita yang tak ingin aku dengar. Begitu juga dengan kakak dan mak yang agak suspen berdiri di halaman rumah. Benar bagai aku jangka, Ustaz Ahmad mengumumkan berita sedih tentang pemergian Ustaz Harun buat selamanya. Tak semena-mena meleleh air mata aku.

Ramai yang sayang Ustaz Harun. Beliau adalah insan terlalu banyak jasanya bagi masyarakat di Jengka 16 dalam bidang agama. Bekas guru besar di sekolah rendah agama di situ dan merupakan seorang imam yang sangat disegani. Dia juga yang menjadi saksi pada pernikahan aku dan hubby, begitu juga pasangan-pasangan yang lain. Salah seorang anaknya juga sebaya dengan aku.

Kami empat beradik semuanya pernah berguru dengan semasa di sekolah rendah agama bermula dengan kakak aku. Jadi sangatlah terasa bila berita sedih ini yang kami terima. Aku capai handphone dan mengirim SMS kepada adik aku dan kawan aku iaitu anak pada ustaz Ahmad yang membacakan pengumuman tadi.

Hilang sekejap mood aku nak menyapu. Menarik nafas panjang-panjang dan menyeka air mata. Terasa seperti kehilangan sebutir permata yang sangat berharga dan kilauannya memberi makna kepada ramai insan.

Lepas tu kami semua mengambil giliran mandi dan bersiap. Aku terpaksa tidurkan Arif dulu dan Aishah boleh menjaganya sementara aku menziarahi rumah arwah Ustaz Harun. Mak dan kakak aku serta suaminya dah bergerak dulu berjalan kaki ke sana. Tak lama kemudian aku sampai dengan membonceng motosikal arwah ayah bersama hubby aku.

Kelihatan tenang di wajah isteri arwah ustaz Harun, namun tiada siapa yang menduga kesedihan di dalam hatinya. Antara pesanan arwah ada menyuruh isterinya mengemas ruang tamu ditingkat atas yang tidak selalu dilakukannya pun. Seperti tahu ruang tamu akan digunakannya nanti.

Tak lama aku menunggu, kemudian jenazahnya tiba. Dapat juga aku melihat sedikit wajahnya yang kelihatan sangat tenang, seperti tidur-tidur ayam saja gayanya. Melihat kesan jahitan kiri wajahnya buat aku rasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya sewaktu kemalangan. Terasa kejamnya insan yang melanggarnya.

Tak lama kemudian azan zohor berkumandang dari masjid yang berada betul-betul di depan rumahnya. Kaum lelaki semuanya bergegas ke masjid dan bersolat jemaah. Tahlil pertama terus diadakan di masjid selepas selesai solat zohor dengan suasana yang cukup terharu.

Allah sudah menetapkan aku lima beradik dapat melawat jenazah ustaz Harun buat kali terakhir gara-gara hajat kami yang ingin pulang untuk bergotong-royong di rumah mak minggu itu. Petang itu mak pergi lagi sekali melawat sambil menemani adik aku yang baru saja tiba.

Alfatihah buat Allahyarham Ustaz Harun bin Ahmad. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya. Amin.

13 comments:

Muhammad Izuan said...

Alfatihah...

sitiezahim said...

betul kan kan.banyak jasa allayarham pada kita semua..semoga rohnya dicucuri rahmat yang Esa..

dyea irdina said...

al-fatihah unt Ustad Harun..dyea pernah duk uitm jengka..tp 6 bulan je..pasaraya mak sapak ada lagi tak skrng ni ek?

Melur Jelita said...

Al Fatihah...sangat tersentuh

azwa amani said...

inalillahiwainalihairijiouunn...dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali...Al-fatihah buat ustaz Harun..semoga rohnya ditempatkan disisi org2 yang Allah kasihi...aminn

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah buat allahyarham. Allah lebih sayangkan dia..

cik gege said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..amin... al-fatihah..

siti norlaili yusof said...

al-fatihah untuk arwah ustaz.. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..

kyo_9 said...

innalillah wa inna ilaihi rojiun..
kebelakangan nih sering mendapat berita kematian.. astaghfirullah~

ummiross said...

Al-Fatihah buat ustaz Harun, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Puan Kutu said...

Al-fatihah..sedih baca cerita nie,sy pun terasa kesedihannya..:)

Sofya said...

Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org2 yg beriman

Zura said...

alfatihah... baru baca post ni sebab akak uplink kat post terbaru...
sedih kan bila orang yang banyak berjasa pergi..