iklan

Followers

Pages

Saturday, 19 February 2011

Cair telingaku mendengar leteranmu


Status aku sebagai anak dan ibu menyebabkan aku pernah dileteri dan pernah malah selalu berleter. Bila hal berleter, suka aje orang nak kaitkan dengan perempuan. Tak pelahkan! Itukan anugerah paling hebat yang tiada tandingan buat kita kaum wanita. Kerana leteran kitalah, rumah bersih, kerja sekolah siap, dapat beli barang baru, anak2 tak bergaduh... he..he.. Banyak kesan positif dia!

Walau pun aku suka berleter, tapi biasanya sekejap je! Aku bagi leteran yang berfakta je! Nak back-up le tu!! Dan jujurnya aku tidak suka dileteri... korang semua pun sama aje kan!

Masa kecik dulu bila mak aku berleter je rasa nak cair isi telinga aku! Nasib mak pun macam aku juga, leternya pendek je sebab dia tau anak dia dah tangkap apa isi leteran maknya. Tak perlu penerangan yang lebih lanjut.

Teringat aku masa sama2 tinggal di rumah sewa kakak aku semasa zaman bujangnya dulu di Taman Medan, PJ. Masa tu aku tengah praktikal selama 6 bulan di TTDI. Subuh2 dah kena naik 2 biji bas baru nak sampai ke TTDI tu. Jauhnya!

Kakak aku ni memang rajin mengemas setiap kali balik kerja. Tapi agak lewat malam baru sampai rumah. Dia memang gila kerja, sampai sekarang pun macam tu. Tak tau bila nak insaf..he..he.. Selalu dia menyapu ruang tamu rumah sewa tu, kadang miss juga sehari dua.

Ada sorang minah ni ; housematelah kan yang memang rajin mengemas rumah tapi masa weekend je la. Kalau dia mengemas memanglah bersih sungguh di sapunya, menyusun barangnya dan macam2lah. Tapi mulut pun bekerja, ikut sama berleter.... Ya Allah! Macam bertih goreng! Habis semua orang dileternya sambil tangannya mengemas itu ini!

Rimas betul aku orang macam ni! Nak kemas tu kemas je le. Kalau tak puas hati pun tak payah le nak bebel sampai 2-3 jam. Tak penat mulut dia. Elok2 hang dapat pahala mengemas jadi dapat dosa berkepul2 sebab membebel tak henti2 dan macam tak ikhlas buat kerja. Aku pun dapat dosa gak pasal ngumpat hang dengan kakak aku.

Orang lain mengemas juga, tapi tak la bising macam tu. Member2 lain malas nak membalas pun, buat diam je! Tak tahulah pulak aku kalau ada yang pakai kapas atau ear plug kat telinga.

Sebab situasi beginilah yang buat aku pesan kat anak2 "Kalau tak nak dengar mama dengan ayah berleter, buat segera perkara yang kamu patut buat!". Kalau tidak...bersedialah mendengar leteranku!

p/s : Nak berleter pun patut2lah kan! Dengan budak2 bolehlah nak eksyen, dengan yang dah dewasa ni tak payah le nak leter panjang2. Kau tu pun bagus sangat ke?... Emo lebih nampak!

6 comments:

Sasa Al-Sharif said...

anak2 tak boleh dgr leteran panjang. benda tu menyebabkan diorang imun dimarahi, malah jadi degil. ayah tak berleter tapi satu nada tegas dan ringkas.

"kesan imun dgn leteran. anak2 lebih cepat melaksanakan arahan ayah berbanding ibu", kata seorang cikgu garang yg jugak mak budak kepada sasa. cerita dgn tujuan aplikasi kpd pelajar. hehe

Adzriel AB said...

Sasa Al-Sharif : Memang le..sakit telinga. Tapi ada gak lelaki yg kuat berleter mengalahkan perempuan. Berjela-jelaaaaaa..

farhana masdo said...

sy ade tag kamu dlm stu contest ni . http://farhanamasdo.blogspot.com/2011/02/contest-senyum-tak-nampak-gigi-d.html

fadhdeela said...

hahaha mak deela pun suka berleter kejap jer..pas dia dah ckp ape yg dia nak ckp pastu dia diam then dia wat keje sengsorg!! kita phm2 la bile smua bnda dia nak wat tu means dia ngah mrh la..deela pun xsuka kena leter!! rimassssss hihi

Meh singgah: Trip to Cameron Highlands!!

LilyGrynn said...

I kuat gak berleter tapi cepat panas telinga bila dileter. Dua lelaki manja kat rumah I ni kalau tak dileter dulu, tak jalan kerjanya. Tapi bila lama tak dileteri, rindu pulak katanya!

Adzriel AB said...

deela : semua mak memang berleter. kalau tak nanti anak2 naik tocang..he..he..

LilyGrynn : eh..standard tu. akak pun gitu gak.