iklan

Followers

Pages

Thursday 2 June 2011

Marilah mengundi depa ni!


Arif sedang sibuk baca cara-cara nak undi dirinya sendiri di SINI

Setiap hari aku kena menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Mengundi di pilihanraya anjuran Digi. He..he.. macam pilihanraya besar aje ye. Habis semua akaun facebook yang aku ada aku gunakan untuk mengundi depa berempat ni.

Aku sendiri ada submit kategori sama dengan Ben Ashaari, tetapi dek kerana kedudukan rank aku jauh dari nak menang maka undian aku tu beri pada Ben. Ye lah! Sapa lah yang nak kenal aku...perasan sungguh! Dia masih goyah antara rank 3 dan 4. Insyaallah! Digi nak pilih top 3, jadi sayang benar kalau kawan aku si Ben Ashaari ni tak menang. Alang-alang kata orang marilah sokong dia.

Ben Ashaari Dot Com (Ben Ashaari)
Category : Blogger Of The Year



Gambar budak kecil ni dah tentulah blog anak sulung aku. Gambar masa dia baby sedang sibuk nak menolong aku di dapur. Baju yang dia pakai tu dah jadi kain buruk pun.. ha..ha.. kejam betul. Tapi bekas penapis yang di kepalanya masih elok lagi aku guna hingga kini. Saja suka-suka hantar penyertaannya. Doakan dia untuk PMR tahun ini ye!

Love The Art (Aishah Faisal)
Category : Fav Person Under 15



Ini pula undian aku berikan untuk adik aku yang baru setahun jagung dalam arena perniagaan Online. Alhamdulillah! Semasa entry ni aku published, rank blog dia ni dah berada di angka 17 walaupun baru 2 minggu hantar penyertaan. Insyaallah! Banyak sokongan untuknya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti barang dan perkhidmatannya.

Asterisk Boutique (Ainul Azlinda Abu Bakar)
Category : Online Shop Of The Year



Blog Mak Dara dalam kategori Kay Poh berada di rank 6. Aduhai! Sikit je lagi nak masuk top 3. Sokongan dari teman-teman blogger yang berterusan vote setiap hari mungkin dapat menaikkan lagi ranknya ke angka dalam lingkungan top 3. Sudi-sudilah vote Mak Dara.

Mak Dara (Adza Irdawati)
Category : Top Kay poh


Ops! Semua undian hanya melalui akaun facebook.
Sudi-sudilah undi baby aku sekali kat SINI!

4 comments:

Dr K said...

byk nak vote nih...:P

Sofya said...

comel sangat gambar aisyah tu...

Ibu Muda 30series said...

x dpt nk mengundi langsung sbb FB diblock :(

Unknown said...

selamat mengundi kak..
aishah ni masa kecik mesti suka geledah tempat pinggan mangkuk ni..
hahahah