iklan

Followers

Pages

Friday 1 July 2011

Blogspot demam ke?

Pagi semalam dapat buat published dua entry saja selepas hantar anak-anak ke sekolah hingga pukul 8.15 pagi. Selepas tu aku terpaksa bergegas ke sekolah Aishah yang aku dah cerita dalam entry INI akan sebab-sebabnya.

Balik dari sekolah dah blackout pulak dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang sebab pihak TNB buat 'Preventive Maintenance' di kawasan rumah aku. Anak-anak akulah yang kerap ingatkan aku sejak terima notisnya minggu lepas.

Jadi aku pun buat keputusan nak ambil Amirul dari sekolah, SMK Bandar Seri Putra dan bawa dia makan di restoran Delima dekat-dekat rumah juga. Aishah pun nak mengikut juga sebab tak tahan kepanasan. Manakala yang Asyikin dan Azri kenalah bersiap menunggu van nak ke sekolah ugama pulak.

Alhamdulillah, balik rumah tengok elektrik dah ada semula dalam pukul 2.00 petang. Aku pun ON laptop dan terus menaip entry pasal keputusan periksa merosot. Tiba-tiba blogspot dah jem! Geram sungguh! Aku pun jenguk facebook, saja nak tengok kalau-kalau ada yang sama problem dengan aku.

Ni dia aku jumpa satu luahan geram si Ujang @ Azfar Roslan dalam facebooknya. Ye laa... aku geram jugakan tapi tidak le teruk sangat (ops!) hingga boleh hilang yang baru up-date.


Suka komen Sunah pasal copy paste. Maka entry yang tak dapat nak published aku copy dan pastekan dalam power point je. Nak save dalam blogspot tak boleh sebab tiba-tiba je jem. Mana yang sempat le! Pagi tadi aku cuma perlu copy semula dari file power point dan paste ke posting sebab blogspot dah OK. Selamat entry aku!

Sampai malam pun tak dapat juga nak published entry. Apahal blogspot sekarang? Demam gamaknya.

8 comments:

Sunah Sakura said...

erkkkk! nama saya ada dalam entri ni!!!! malu-malu!!!! :p

Ujang9897 said...

hahahaha...penat tu update panjang2 skali ilang..=)

lupa nak save, hihi...tp nasib baik dah ok

Misz-ella said...

oooo. gitu yer? ok pasni kc copy paste.

Ibu Muda 30series said...

wani plak tgh update blog opis masa tu...geram betul kena taip lagi sekali pg ni...huhuhuuuuu

Syahir Ramli said...

seb bek smlm xde idea sgt nk update wlaopon x kena pon problm blogspot..

ummiross said...

selalu problem kan Liza...nak kena hati2 jugak ummi ni

Kak Aya said...

patutlah orang suka wordpress tp kak aya masih lagi suka blgospot buat mas ani...

majudiri5000@gmail.com said...

salam 1 malaysia buat semua,saya seronok dapat baca comment dari anda harap sudi sudi lah ke laman saya pulak http://bit.ly/ljT8Sf