iklan

Followers

Pages

Saturday 9 July 2011

Hujan pagi membersihkan bumi


Hujan bagi BERSIH ni!

Alamak! Baru aje plan nak jenguk Amirul di sekolahnya tadi, dah hujan pulak. Tak dapatlah cikgu-cikgu dia nak teruskan agenda hari ini. Rasanya dalam pukul 9.00 pagi nanti mungkin panas semula. Mungkin tak sampai sejam pun.

Berlari aku menyelamatkan kain yang aku jemur di depan dan belakang rumah. Mood pagi-pagi nak menyidai kain awallah kononnya seawal 7.30 pagi tadi, tapi spoil dek hujan pulak. Sabar ajelah.

Hujan rahmat, tak payah dah nak siram pokok bunga atau pokok-pokok serai, kunyit dan kari aku.

Elok juga hujan, bersih sikit lantai parking depan rumah dari kotoran tanah tadi. Baru je berhajat nak siram tadi, dah hujan. Jimat bil air..ha..ha..!

1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

saya di Selangor, bil air cuma bayar RM3/4 sahaja sebulan
Alhamdulillah

Wassalam