Follower pun ramai hingga melebihi angka 1000 dan pelawat dari serata dunia sebab aku boleh nampak di counternya.
Masalahnya bila aku buka blog dia selalu je 'hang' dek kerana beratnya loading ke blognya. Kadang-kadang menyebabkan loading serentak yang lain pun turut 'hang'. Facebook aku pun kadang-kadang jem hinggalah aku terpaksa klik pangkah blognya. Rasanya pernah juga bertanya tapi mungkin tak sempat atau terlupa nak buat perubahan.
Apa yang aku nampak ada banyak sangat gambar-gambar di sidebarnya. Widget jam mungkin tak perlu rasanya. Ada senarai exchange link yang 3 baris dan panjang hampir 3 jengkal ke bawah. Memang beratlah nak loading. Bloglist pun panjang juga.
Aku nak komen di blognya pun mengambil masa yang lama sebab perlu tunggu 'reloading' bila klik nak bagi komen, kemudian baru boleh taip komen. Bila dah siap taip, akan 'reloading' lagi bila nak hantar komen tu. Lepas tu kena pulak taip verification dan 'reloading' lagi, baru keluar approved. Aku cadangkan guna cara INI untuk blogspot. Bayangkan setiap 'reloading' tu agak lama. Kadang-kadang pernah aku tak dapat komen lansung.
Korang mungkin kata jangan masuk dah blog dia. Memang ada rasa macam tu juga tapi ada banyak benda dalam tu yang hubby aku dan anak-anak aku suka. Kalau blognya lebih ringan tentu berpusu-pusu pelawat datang blog dia tanpa perlu dia nak blogwalking pun sebab isi blognya tak sama macam orang lain.
Rugi rasanya bila isi blog bagus tapi akibat loading terlalu perlahan membuatkan pelawat susah nak datang lagi. Widget-widget yang banyak pun sangat mengganggu bila nak follow atau nak komen. Banyak kali klik pun selalu saja terklik widgetnya.
7 comments:
blog sape tu,bg url dia..nak g terjah..suka bc blog yg best2 ni...
sayang lah kalau macam tu...kadang2 kalau alisya penat nk tunggu pangkah terus..dari semangat nak baca, jd tak baca terus...huhu
saya sokong kak :)
anis nye blog berat tak kak..heeee..anis pon salu gitu gk na g blog org..kadang hang..
oh.. saya pun nak kena check blog saya berat ke tak ni.. sayangkan kalau buat cantik2 tp org tak boleh masuk kann..
blog sy berat x kak hee..
kadang2 spoil mood kn
kak liza...blog wani berat tak?
Post a Comment