iklan

Followers

Pages

Thursday 7 July 2011

Mati lemas terperangkap dalam kereta

Sebak hati aku bila terdengar berita ringkas tentang kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun akibat terkurung di dalam kereta selama 6 jam di hadapan sebuah sekolah di Seremban semalam (6 Julai 20110).

Gatal kepala aku memikirkan insiden ini. Adakah kanak-kanak itu tertidur? 10 tahun adalah usia yang dah pandai membuka pintu kereta sendiri. Mungkin pintu belakang tak boleh dibuka dari dalam. Tapi jika panjang akal, boleh juga dibuka dari pintu depan.

Aku selalu terdengar kes begini banyak berlaku diluar negeri melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Kes ibu atau bapa yang terlupa anaknya masih belum dihantar ke rumah pengasuh dan masih tertidur di tempat duduk belakang.

Akibatnya kanak-kanak yang malang itu kelemasan dan terpaksa 'berperang' dengan kepanasan yang melampau di dalam kereta hingga meragut nyawa. Memang sesal dan trauma tak sudah pada mereka yang mengalami tragedi begini. Kesal yang tidak tehingga akibat kecuaian diri sendiri. Takutnya aku bila memikirkannya. Mohon Allah jauhkan dari sifat cuai dan terlupa sebegini.

Ini berita yang aku jumpa dalam :


Ini pula eksperimen menarik tentang sikap tak ambil kisah meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta dan respon orang ramai. Kalau aku rasa nak pecahkan aje tingkap kereta tu dan terus angkat kanak-kanak tu keluar. Orang dewasa pun tak tahan terperap dalam kereta yang bertutup dan tak ada aircon biar pun hanya 5 minit , inikan pula budak-budak!

Suka komen salah seorang yang katanya kereta hanyalah "it's a piece of metal, first the baby's life". Biarlah kereta tu pecah asal jiwa anak tu selamat. Jom tengok youtube ni :

4 comments:

Zura said...

alfatihah..

semoga jadi pengajaran pada para ibu bapa... kenapa masih ada yang tak alert dengan hal anak sendiri..terlupa barang tak apa...ni nyawa anak...

Ir. Jamal said...

Nauzubillah..Mohon kita semua dijauhkan ye..Amin

Tinta Lana said...

Ya Rabbi..kasihannya.. Moga apa yang terjadi jadi peringatan buat semua yang membaca.

Encik JI said...

tu la psl. ttibe bnyk kes cmni timbul.

pelik2.

sblom ni xde pon.

cmane agknya pasaan mak? ank yg dia kndung, 9bulan mninggl sbb cmtu.

tp papepn, tu la qda dan qdar. Innalillah