iklan

Followers

Pages

Thursday 14 July 2011

Sukan SMK & SK Bandar Seri Putra

Sempat posing dengan Arif... amboi seriusnya muka Arif! Senyumlah sikit baby mama ni!


Aku ke sekolah Amirul, SMK Bandar Seri Putra pada sabtu lepas ; 9 Julai 2011. Dia pesan suruh aku datang. Ingatkan nak sokong dia dalam sukan tarik tali, tapi tak ke final rupanya.

Amirul (kanan) bersama teman baiknya Irfan. Irfan yang pernah aku ceritakan dalam kisah rumahnya dimasuki pencuri dulu di SINI.

Amirul dan Irfan ditugaskan menolong cikgu mengangkat hadiah untuk para pemenang sukan.

Rumah merah Juara hari tu... rumah Harimau namanya. Mengaum aje! Suka sangatlah Amirul sebab dia pun rumah merah.

Acara sukan sederhana saja kerana ini adalah tahun pertama sukan diadakan di sini. Sekolah pun baru buka tahun ini aje. Pelajar pun cuma terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. Ramai juga ibu bapa yang datang menyokong dan memeriahkan lagi majlis. Itulah yang kita mahukan!

Keesokannya pula pada hari Ahad, 10 Julai 2011 SK Bandar Seri Putra mengambil alih tapak sukan ini. Mereka juga mengadakan sukan tahunan di tapak SMK Bandar Seri Putra semalam. Bagus macam tu, jimat tenaga, masa dan kos. Berpakat-pakat begini yang seronok.

Lebih ramai ibu bapa yang hadir walau pun murid yang hadir hanya diwajibkan pada mereka yang terlibat dalam acara sukan atau perbarisan. Ramai yang naik sampai ke padang memberikan sokongan pada anak masing-masing.

Bangunan di belakang padang tu adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), ramai juga blogger hebat dari situ.

Tengok! Ada lima khemah yang telah siap terpasang sejak sukan SMK, kini untuk murid SK pula nak guna dan menjadi tanggungjawab pihak SK pula membukanya setelah selesai sukan nanti.

Para pengulas sukan yang bertugas... jika SMK diwakili guru perempuan, tetapi SK pula DJnya guru lelaki. Lancar nampaknya, berbakat masuk TV nanti ni.


Lepak kejap dengan Arif, Asyikin dan Azri makan nuget ikan.

Budak yang jual belon cuba menggoda Arif dengan belon 'Sponge Bob'nya tapi tak berjaya. Walau pun Arif suka dengan karektor kartun tu tapi dia akur dengan kata-kata aku "No! No!" pada belon tu. Mahal tu... RM5! Makan roti canai dengan teh tarik pun tak sampai RM5 dan siap berbaki lagi duitnya.


Ni bukti rumah merah menang lumba lari. Menariknya pelari dari rumah hijau asalnya jauh tinggalkan pelari dari rumah kuning dan merah tetapi bersemangat betul pelari rumah merah tu. Memang dia menang di saat akhir tu menyentuh riben di garisan penamat. Syabas!

Inilah bukti! Berusahalah walau pun telah hampir ke penghujung. Allah lebih mengetahui nasib kita sama ada kita akan berjaya atau tidak. Jika semangat luntur di pertengahan, memang dah pastilah kita akan kalah.

Aku tak tunggu sampai akhir sebab hujan mula turun setitis dua. Risaukan si kecil juga, maka bergegas aku balik segera. Tak tahu rumah sukan mana yang menang.

Yang aku pasti, kehadiran aku dapat juga beramah mesra dengan para guru kedua-dua sekolah. Mana yang sempat aku sapa dan tegur sambil bertanya khabar. Waktu lain bukannya berkesempatan pun.

Hari Isnin pula semua pelajar SK Bandar Seri Putra bercuti kerana sukan yang dibuat pada hari Ahad. SMK pula kena ke sekolah seperti biasa, tak boleh cuti.

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

gagah anak kakak tu!.
tarik tali..tapi tak ada harapan ke final.

hahahaha..
suka sponge bob..
tapi maknya tak kasi.

Dinas Aldi said...

Bagus Arif, good boy! Belon tu bukannya tahan lama pun, sampai RM5, ayoyo!

Meriah tengok sukan sekolah tu :)