iklan

Followers

Pages

Monday 21 February 2011

Anak muda berjiwa besar


Muda lagi orangnya, baru je 25 tahun. Hensem pulak tu... tapi baru je jadi suami orang pada Oktober 2010 yg lalu.

Cukup tekun menyiapkan tugasan. Kadang saja pejabat menjadi rumah kedua. Tetapi pesanan aku padanya, jangan buat selalu bila dah berumahtangga ni. Masa bujang dulu boleh le. Alhamdulillah, dapat memiliki seorang isteri yg manis & berbudi bahasa. Paling penting dia memahami & bertolak ansur dengan tugas suaminya.

Begitulah tugas seorang arkitek yg sering menuntut komitmen yg tinggi selain memberi kepuasan kepada diri sendiri, ia juga penting bagi meraih keyakinan & kepercayaan pelanggan. Dari arkitek, beliau beralih ke bidang Jurureka Dalaman.

Muhammad Baihaqi bin Abdul Rashid merupakan anak sulung daripada 4 adik-beradik yg lelaki kesemuanya. Jangan tak tahu, walaupun lelaki tapi semuanya pandai memasak, pandai melayan baby kerana ibunya mengambil upah mengasuh anak2 jiran. Pandai juga mengajar anak2 jiran mengaji dek kerana ayahnya juga seorang ustaz. Begitu juga ibunya yg sering dipanggil ustazah oleh anak2 jiran yg datang mengaji di rumah hampir setiap hari selepas waktu maghrib.

Jika ada yg berhajat ingin menampilkan kelainan di rumah anda, bolehlah contact dia. Memang cukup mudah berurusan dengan anak muda ni. Ada no handphone di blognya yg tak sempat sangat nak diupdatenya kerana menyiapkan tugasan2 pelanggan.

Jom lawat blog anak muda ini : aQistudio

Klik juga older post di blognya untuk melihat antara hasil kerjanya yg tersiar dalam Anjung Seri.

4 comments:

Hanis Azla said...

wah, muda-muda dah berjaya.. bagusnya akak tolong promotekan kat sini..

Anonymous said...

suka tengok anak muda... yg muda2 lg dah berjaya!

jom jengah entry fda... pompuan mesti kena pandai pakai kain batik ke?

farah fauzi said...

hensem jugak..wahh..tetiba jer...haha

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : promote tak dpt komisen.. he..he.. tu la.. ntah apasal pagi2 ni teringat nak promote dia pulak.

rizwan's sweetheart : betul... usaha masa muda, biar senang dah tua nanti.

farah fauzi : he..he.. boleh pandang je la.. peramah orgnya!