iklan

Followers

Pages

Tuesday, 8 February 2011

Kerja part time aku!

Tiba-tiba nak sakit kepala pulak. Nampaknya kena mandi basuh kepala, ambil ubat dan tidur je.

Hari ini aku ambil Aishah awal sikit. Pukul 1.05 pm dia habis kelas, 1.15 pm aku dah sampai depan sekolah. Aku sampai je terus dia naik kereta, tak ada tunggu macam selalu.

Aku lansung bergegas ke Cheras. Nak ambil cek customer yang redeem dari PMB. Kalau customer tu ada akaun MBB atau PBB kan senang. Boleh je aku suruh PMB masukkan duit tu terus ke akaun customer tu. Tak payah susah-susah aku nak pergi kutip cek. Terpaksalah aku luangkan masa drive ke sana melalui 3 tol darab 2 (pergi balik). Tak pelah...demi customer tercinta..he..he..

Cek tu aku terus bank-in ke akaun CIMB dia di Sungai Chua, Kajang. Kebanyakannya parking ikut suka hati je di depan bank; China town! (pandai-pandai aku je bagi gelaran!) Nasib Kelisa ni kecil molek, senang nak cari parking. Teringat pulak kereta aku ni dah bayar ke belum bulan ni. Hari ni dah 8hb, due date biasa 3hb. Buku nota kecil aku tertinggal ; segalanya aku tulis di situ. Aku ni pelupa. Aku pun call bank untuk bertanya...Alhamdulillah! Dah bayar pun. Lupa pulak makcik!

Kesian anak aku, hari-hari kena jadi bodyguard mama ke mana-mana. Selalu aje sampai rumah lambat! Nasib le kan! Dulu mama suruh duduk rumah kawan sampai petang, tapi tak nak pulak. Last year je adalah bulan pertama dia balik ke rumah kawannya yang merupakan classmatenya juga masa tu. Masuk bulan kedua dah malas katanya. Penat je mama bayar! Sedap pulak tu mak kawannya masak! Dia pun happy sebab anak dia ada kawan untuk sama-sama buat kerja sekolah.

Mak kawannya tu ada kedai jahit di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Hani Tailor atas klinik Zalfah. Boleh le nak tempah baju kat situ. Eceehhh... sempat pulak mempromosi. Aku promote kalau bagus je ye! Kalau tak bagus aku tak nak sebut nama ye... tak baik!

Bukan tak nak ambil dia hari-hari. Bahagia sangat uruskan anak-anak sendiri ni. Sakit, pening, lapar, geram mereka cepat aje aku tau.

Tapi aku pun ada kerja juga, kalau tak siapa nak bayar bulan-bulan kereta kesayangan aku ni? Duit shopping aku siapa nak bagi? Ehhh...hubby? Oh! Tidak! Komitmen dia pun dah banyak! Kereta, rumah, makan, pampers, susu... anak 5 orang semuanya kuat makan. Beras 10kg tahannya seminggu aje! Alhamdulillah, hubby aku memang rajin bekerja. Betul-betul ikut perangai arwah ayah dia.

Aku sendiri pun memang suka cari duit sendiri. Memang banyak ikut perangai mak agaknya. Aku memang tak suka nak minta duit dengan orang lain kecuali sebab terpaksa. Begitulah juga karektor kakak dan adik perempuan aku (mana ada adik lelaki!). Bila hubby nak bagi aku cepat-cepat ambil juga. Rezeki jangan ditolak!

Hubby pun jenuh bekerja kumpul passive income untuk hari tua. Kalau nak harap duit EPF, mana cukup! Tunggu duit anak-anak nanti? Oh tidak! Aku tidak mengharapkan anak-anak wajib beri duit pada aku bila dah tua nanti. Menghormati aku dan menunaikan hak kami sebagai ibu bapa sudah membuatkan aku bahagia... Eh! Macam dah tua sangat pulak rasanya. Tapi kalau mereka nak beri juga...aku ambil!

Eh! Sakit kepala dah kurang, cuma rasa nak zzzzzzzzzz.....

4 comments:

YanaMIB said...

sy pn skt kepala skrg..adeh...nk blk tido jugak la..zzzzz~

Adzriel AB said...

yana : tak pe, selamat tido. anak tak kacau. he..he.. moga tahun depan ada rezeki!

Hanis Azla said...

betullah k.liza.. klu cari duit sendiri senang kita nak berbelanja ikut kemahuan kita.. boleh bantu utk keperluan keluarga sekali.. tgk jadual akak yg padat tu sy plk yg rasa penat kak..

Adzriel AB said...

hanis : kalau follow yg padat sebenarnya, boleh pengsan le. itu pun banyak mengelat..he..he..