iklan

Followers

Pages

Tuesday 8 February 2011

Senangnya aku shopping

Seperti biasa aku pergi ambil anak sulung ku Aishah balik dari SMKJ4 di Bandar Baru Bangi. Agak lewat, pukul 3.30 pm kerana dia ada tusyen.

Kemudian aku terus ke pejabat Etiqa Al-Faiz, Jalan Reko hala Kajang untuk renew insuran dan roadtax client aku. Agak lama aku di situ kerana ada agen lain nak buat perkara yang sama. Seorang agen saja nak renew untuk 3 ke 4 client. Aku ada satu saja yang nak di renew. Satu lagi menunggu surat release NCD untuk client aku yang nak beli kereta baru. Kereta lamanya di jual pada kakaknya.

Cuaca yang mendung tiba-tiba hujan. Sementara itu Aishah menunggu di dalam kereta Kelisa comel aku.. (perasan!). Bila dah siap renew, terpaksalah berlari ke kereta sebab tak bawa payung. Memang tak ada payung pun. Nasib aku parking VIP (kononnya!) yang betul-betul depan pintu pejabat.

Aku ajak Aishah singgah di Econsave berdekatan. Teringat pulak bahan dapur banyak dah habis. Sempat kami singgah di foodcourtnya dulu. Itulah kali pertama aku singgah situ walau pun dah berkali-kali lalu di depan Econsave tu setiap kali aku ke Al-Faiz. Ini gambar Econsave dan suasananya.

Aku suka pergi shopping barang dapur dengan Aishah ni sebab dia banyak tolong aku :

1. Tukang tolak troli
2. Tukang sambut barang yang aku nak beli dan masukkan dalam troli.
3. Tukang buka plastik. Banyak kali aku try selalu fail sebab tangan licin.
4. Tukang pergi timbang barang mentah.
5. Tukang letak barang kat kaunter bayar ;
siap ikut kategori tu nak bagi cashier senang.
6. Tukang susun barang dalam troli selepas kaunter bayar.

Macam-macamlah 'tukang'nya. Tapi selalu nak upah bila "Mama! Nak beli tu boleh?"

Masa dia kecil dulu, jenuhnya juga nak menjaga. Satu-satunya anak aku yang pernah bawa berjampi doa sebab melalak tengah malam. Anak sulung, otak blur lagi. Rupanya perut kembung je... entah le, sensitif betul perut dia masa kecil-kecil dulu. Yang lain tak pulak begitu. Makannya sama aje.

Tapi dia jugalah satu-satunya anak aku yang lebih berdikari berbanding adik-adiknya. Kena marah tu biasa la.. Tapi kami ni sempoi, kejap je dah ok semula. Merajuk2 ni tak berapa minat.

Sekarang dah besar.... tahun ni nak PMR. Orang tengok macam jalan dengan adik je..ecehhh!

Mmm..orang kata jaga anak dara ni lebih susah daripada lembu sekandang. Ishh... aku tak setujulah. Aku tak suka jaga lembu. Pandai-pandailah nak didik anak, ye tak! Orang yang bodoh macam lembu je yang buang-buang anak, dera anak dan 'makan' anak. Padahal anaklah saham kita paling bermakna di dunia dan akhirat.

4 comments:

Hanis Azla said...

mmg nampak mcm adik & kakak lah kak.. Betullah, anak2lah saham kita dunia akhirat.. sebab tu kena jaga betul2, beri sepenuh perhatian dan didikan sebaik mungkin..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis : kalau di rumah suka nak mengajak salah seorang anak bila nak ke kedai beli barang. tak seronok nak pergi sorang2.

ghost said...

akak kawen muda ker..?

seronok tengok dowank membesar kan...malah dari situ kita cukup kenal fiil dowank..ececeh,macam aku plak yang dah berkawen.haha

Liza @ Adzriel AB said...

ghost writer : idok le muda sgt. age 22 kawin, next year dah dpt 1st. baby. melihat fiil diorg, teringat kita kecik2 dulu...lebih kurang je.