iklan

Followers

Pages

Friday 25 February 2011

Alahai troliku sayang!

Petang semalam sempat membeli sikit barang dapur di Giant, Nilai. Biasalah setiap kali nak shopping... mesti nak bawak tukang aku tu, my big girl Aishah.

Dah selesai segala barang dibeli, Aishah tolak le troli sampai ke kereta. Dia jugalah tukang susun barang kat bonet kereta. Aku tukang bayar & drebar je..he..he..

Pemandangan yang biasa dan tak tahu bila nak berubah minda ; ramai yang biarkan troli sesuka hati selepas pindahkan barang dari troli ke kereta hingga menghalang kereta lain nak keluar parking dan nak masuk parking. Menyusahkan orang lain kerana sikap malas diri sendiri.

Apalah salahnya troli tu di letak di tempat yang tidak mengganggu orang lain kalau malas nak hantar ke tempatnya semula. Free2 je dapat dosa sebab susahkan orang lain dan sudah tentu biasanya orang yang mendapat susah tu menyumpah seranah si pelaku tadi. Dapatlah doa yang tak baik.

Kalau minda tak nak berubah, bila gamaknya nak maju. Bila tak maju suka pula nak menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri selalu melakukan perkara yang memundurkan diri.

Susah sangat ke nak letak troli tu ke tempat yang tak mengganggu orang lain? Buat pahala sikittt...!!

5 comments:

Hanis Azla said...

betullah kak.. masa ambil troli tahu pulak tempatnya.. msa nak pulangkan terus jd tak tahu, sudahnya bersepah sini sana dan menyusahkan org lain..

Suara Kalbu said...

Mentaliti dan sikap orang kita kak.

Semua tahu nak senang saja. Tapi kesan dari perbuatan mereka tu akan menyusahkan orang lain, kadang-kadang bukan mereka tak tahu tapi saja buat-buat tak tahu.

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : letak syiling mcm kat billion tu rajin lak nak ngantor balik ye..

Suara Kalbu : Yang sedihnya bila yg buat tu selalunya melayu yg patut maklum dari segi dosa menyusahkan org.

Fairus Bin Mamat said...

BETULLAH.. KALAU SAYA PEGI SUPERMARKET, SAYA AKAN TARUK KEMBALI TROLI DITEMPAT DISEDIAKAN. LETAK DIBELAKANG KERETA ORANG LAIN PASTI AKAN MENYUSAHKAN. LEPAS TU MUNGKIN KITA AKAN DIMAKI OLEH PEMILIK KERETA TERSEBUT.. SO PIKIR2 LAH..

Liza @ Adzriel AB said...

Fairus Bin Mamat : Alhamdulillah, mcm tu lah insan yg menghormati hak org lain.